• Semasa

    "Dahlah Penumpang Beri Rezeki, Pemandu Uber/Grab Aibkan Penumpang"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Dahlah Penumpang Beri Rezeki, Pemandu Uber/Grab Aibkan Penumpang"  

    "Dahlah Penumpang Beri Rezeki, Pemandu Uber/Grab Aibkan Penumpang" - Tengok di sebuah group Facebook ini, ada segelintir pemandu Uber/Grab yang kadang-kadang tanpa sedar membuka aib si penumpang. Malah adakalanya mereka kongsi gambar-gambar penumpang. 

    Walaupun sekadar nak berkongsi benda kelakar, tetapi bagi saya, tindakan itu amat tak betul. Pemandu U/G sepatutnya menghormati privasi penumpang mereka. Tidak kisahlah kalau penumpang itu warganegara Bangladesh, Indonesia, Afrika ataupun rakyat Malaysia sendiri. Etika itu perlu ada pada diri kita. 

    "Dahlah Penumpang Beri Rezeki, Pemandu Uber/Grab Aibkan Penumpang"

    Sudahlah penumpang (yang beri rezeki) bayar perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu, tetapi pemandu mengaibkan si pemberi rezeki. Saya berharap, mana-mana pemandu U/G pernah buat begini, jangan mengulangi kesilapan ini lagi. 

    Bukan untuk pemandu saja, bidang pekerjaan yang lain pun sama terutamanya yang melibatkan bahagian servis yang berurusan dengan pelanggan. Cuba bayangkan kalau kita sendiri yang terkena situasi seperti ini. 

    Malu beb! Dahlah dikongsi di media sosial. Tak boleh bayangkan kalau ada pegawai perubatan yang ada perangai seperti ini. Habis terkeluar benda-benda yang dalam kain dikongsi di media sosial. Niat saya sekadar mahu menegur perkara yang tidak betul. Menasihati sesama kita manusia di atas kesilapan yang mungkin kita tidak sedar. 

    Dari Md Nazmi Md Nadzir

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad