• Semasa

    Kes Adik Thaqif: Pembantu Warden Sujud Syukur Di Perkarangan Mahkamah Selepas Dibebaskan..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kes Adik Thaqif: Pembantu Warden Sujud Syukur Di Perkarangan Mahkamah Selepas Dibebaskan..

    Kes Adik Thaqif: Pembantu Warden Sujud Syukur Di Perkarangan Mahkamah Selepas Dibebaskan..KOTA TINGGI: Seorang pembantu warden yang didakwa mendera pelajar berusia 11 tahun telah dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada hari ini, lapor mStar Online.

    Suspek yang berbaju oren sambil diiringi pegawai polis telah tiba di mahkamah kira-kira pukul 12. 15 tengah hari sebelum Hakim, Salawati Djambari membenarkan perintah itu dikeluarkan bagi membebaskan suspek berusia 29 tahun dengan seorang penjamin di bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan.

    Sebaik keluar dan melalui perkarangan Mahkamah, suspek dilihat berdoa dan bersujud sebagai tanda kesyukuran.

    Kakitangan sekolah tahfiz itu direman sejak 22 April lalu berkaitan siasatan kes dera Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang kes disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

    Kanak-kanak itu yang dimasukkan ke hospital Hospital Sultan Ismail (HSI) telah meninggal dunia seminggu lalu selepas dua kakinya dipotong akibat jangkitan kuman pada 21 April.

    Selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat gangren pada 22 April lepas, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

    Namun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil. Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad