Mengapa Mohamad Thaqif Perlu Dipilih Untuk Didera, Soal Pusat Tahfiz

Mengapa Mohamad Thaqif Perlu Dipilih Untuk Didera, Soal Pusat Tahfiz

Mengapa Mohamad Thaqif Perlu Dipilih Untuk Didera, Soal Pusat TahfizKUALA LUMPUR: Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi sekali lagi tampil dengan penjelasan bahawa pihaknya tidak akan ‘melayani’ netizen yang terlalu banyak berprasangka berhubung kes kematian murid itu.

Ahli Jemaah Pengurusannya berkata, 97 peratus daripada netizen tidak pernah berurusan dengan MTAJ dan mereka hanya bercakap serta menulis berdasarkan persepsi dan sentimen yang dimainkan.


Mengapa Mohamad Thaqif Perlu Dipilih Untuk Didera, Soal Pusat Tahfiz


Jelasnya lagi, perkataan ‘penderaan’ juga tidak sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi sebenar yang berlaku terhadap Allahyarham Mohamad Thaqif, yang sehingga kini siasatan berhubung kes tersebut masih dijalankan.

“Mengapa arwah Mohamad Thaqif perlu dipilih untuk didera sedangkan beliau baharu berumur 11 tahun, seorang kanak-kanak kecil yang tidak bermasalah dan hanya berada di MTAJ selama 57 hari sahaja.

“Sedangkan MTAJ mempunyai lebih 80 pelajar yang melebihi tempoh satu tahun yang mungkin sedikit antara mereka mempunyai masalah yang lebih besar dari sudut disiplin dan sahsiah,” kata Ahli Jemaah Pengurusan MTAJ dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka pada Ahad.

Walau bagaimanapun menurut pengurusan MTAJ, pihaknya sama sekali tidak akan mempertahankan mana-mana tindakan yang melanggar peraturan sekiranya ia terbukti bersalah termasuk penggunaan getah paip untuk mendisiplinkan murid-murid.

“Kami semua di MTAJ sama sekali tidak pernah secara niat atau percakapan bersetuju dengan penggunaan getah paip untuk mendisiplinkan pelajar.

“Ia bukan keputusan bersama dalam mesyuarat atau SOP dalam pengambilan tindakan disiplin. Pembantu warden Islam, memukul pelajar menggunakan getah paip, ia tak boleh dijadikan sebab untuk kita mencemuh agama Islam dan orang Islam secara keseluruhannya.

“Kerana kita semua jelas apa pendirian Islam tentang menghukum seseorang. Begitulah dalam konteks kes ini, apalagi untuk disalahkan madrasah-madrasah lain,” jelasnya.

Pembantu warden berusia 29 tahun pusat tahfiz swasta di Johor Bahru itu masih ditahan reman sehingga 3 Mei (esok) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mohamad Thaqif dilaporkan dipukul menggunakan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Akibat pukulan tersebut, kedua-dua kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman sebelum Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Mengulas lanjut, pengurusan MTAJ mempertahankan keputusan pihaknya mengambil suspek untuk bekerja di madrasah tersebut meskipun mempunyai rekod jenayah.

“Beliau diambil bekerja, setelah habis parol. Bukan masih dalam parol. Tugasan pembantu warden itu juga tidak memperuntukkan kuasa kepada Syafiq (suspek) untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar. Dan ia adalah kejadian pertama seumpamanya.

“Semua saranan yang diberikan akan diambil kira oleh MTAJ untuk tindakan lanjut. MTAJ hanya perlu meminta maaf kepada netizen kerana tidak dapat menjawab semua persoalan,” katanya.

Sumber: Malaysian Digest

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Mengapa Mohamad Thaqif Perlu Dipilih Untuk Didera, Soal Pusat Tahfiz"