• Semasa

    "Orang yang 'membela' ini suka pegang ibu jari kaki baby, hati-hati..."





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Orang yang 'membela' ini suka pegang ibu jari kaki baby, hati-hati..."

    "Orang yang 'membela' ini suka pegang ibu jari kaki baby, hati-hati..."Selamat petang, nak kongsi sikit pengalaman di sini. Pagi tadi pergi ke Klinik Kesihatan untuk check up baby usia sebulan. Semasa sedang menunggu giliran, ada seorang ibu ini bawa ibu dia agaknya dalam usia lingkungan 50-an. Saya duduk di kerusi belakang dan dia duduk di depan. 

    Sambil breastfeed baby, dia berborak dengan kita. Dia tanyalah beranak secara normal atau czer, anak nombor berapa bagai. Saya pun jawab seperti biasa sahaja. 

    Tiba-tiba dia tanya "darah ada lagi ke?". 

    Saya dah mula syak bukan-bukan. Saya cuma jawab, "Kadang-kadang saja ada." 

    Kemudian dia terus nak pegang kaki baby. Saya terperanjat dan terus cakap, "Jangan pegang kaki anak saya, makcik!" Mak mertua saya tak bagi!" 

    Terus dia batalkan hasratnya itu, diselangi dengan senyum sinis. Sampai balik dia tak bercakap langsung dengan saya. 

    Sebenarnya kalau nak tahu, biasanya orang yang 'membela' ini kalau jumpa baby, tak kiralah baby ke, budak berusia 6 tahun sekalipun memang dia akan pegang ibu jari kaki anak itu. Selepas pegang, anak memang akan menangis atau menjerit. 

    Mak mertua saya pandai mengubat orang. Jadi tidak hairanlah saya tahu tentang perkara ini. Jadi kepada ibu bapa di luar sana, kalau nenek tua atau orang muda tiba-tiba nak pegang kaki anak, cepat-cepat tarik anak. Yang sedang hamil, jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun saudara mara. Hati orang kita tidak tahu. Sebab itu kena berhati-hati walau dengan sesiapa pun. 

    Yang nak percaya itu, percayalah. Tetapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, suka hatilah, tiada paksaan. 

    Tolong kedekut sikit bab anak ini. Kita hampir nak kena masa anak sulung berusia 2 tahun balik kampung. Sebab itu orang mengandung atau ada anak kecik kena ada minyak zikir. Bawa saja bersama bila pergi ke mana-mana. Sebelum keluar rumah, sapu di kepala, telinga, dada, betis, tengkuk. 

    Kalau orang itu baik, tiada masalah kalau dia nak pegang. Kalau niat yang tak elok itu, inshaAllah dia takkan berani pegang. Minta dijauhkan dari anak-anak kita. 

    Minyak zikir itu boleh buat sendiri. Beli apa-apa minyak yang bersih (boleh bawa solat) bacakan surah yassin, 4 qul, ayat kursi, zikir. Kalau pening nak cari minyak apa, guna saja minyak masak. Mak mertua saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut. Boleh cari di kedai gunting rambut India. Kalau bidan yang okay, diorang buatkan minyak celak. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad