RAYUAN !! Pulang lah kamu kan sarat mengandung..tiada siapa lagi disana jika betul suami mu sudah meninggal (4 Gambar)

RAYUAN !! Pulang lah kamu kan sarat mengandung..tiada siapa lagi disana jika betul suami mu sudah meninggal (4 Gambar)

Pulang lah kamu kan sarat mengandung..tiada siapa lagi disana jika betul suami mu sudah meninggal (4 Gambar)Sayu luahan keluarga ini yang buntu memikirkan anak serta cucu nya setelah suami nya dikatakan terbunuh di Syria.

Kalaulah betullah Wanndy (Muhammad Wanndy Mohamed Jedi) meninggal dalam serangan dron di Syria, kami rayu sepenuh hati supaya isterinya yang sarat mengandung dan dua anak mereka pulang ke tanah air.

“Mak dan ayah sangat sedih dan harap mereka pulang. Tak kira apa status atau kesalahan mereka, kami akan jaga,” luah salah seorang ahli keluarga isteri Wanndy, Nor Mahmudah Ahmad, 28.

Ahli keluarga itu meminta agar identiti dan maklumat mengenainya dirahsiakan.
Dia turut mendedahkan, mereka dikhabarkan Nor Mahmudah cuma berkenalan melalui Facebook selama sebulan  dengan Muhammad Wanndy sebelum berkahwin di Thailand dan mengikut suaminya berperang ke Syria pada 2014.


“Kami cuma tahu Nor Mahmudah ke Syria kira-kira empat bulan selepas mereka di sana, itu pun melalui berita di televisyen. Sebelum pergi, kami tak nampak perubahan ketara pada dia, terutama masa dia dan Wanndy datang jumpa keluarga untuk maklumkan hubungan mereka. Dia pakai baju kurung, jubah dan tudung macam biasa saja.

“Dia (Nor Mahmudah) sebelum kahwin dengan Wanndy bekerja di Pulau Pinang.Walaupun jarang balik kampung tapi dia tak kedekut bila keluarga perlukan pertolongan termasuk wang,” maklumnya.

Menurutnya, memandangkan Nor Mahmudah jarang pulang ke kampung halaman jadi mereka sekeluarga tidak sangka yang dia dan suami serta rakan mereka berada di Syria.

“Kami cuma tengok status yang dimuat naik Nor Mahmudah menerusi Facebooknya tapi takut nak komen atau bertanya khabar. Sedih memang sedih sebab tak dapat tengok dia.

“Kalau betul Wanddy sudah meninggal dunia seperti dimaklumkan, kami harap sangat Nor Mahmudah dan anak-anak dapat kembali ke pangkuan keluarga. Itu saja harapan kami,” rayunya.

Sementara itu, dia turut menasihatkan  pejuang-pejuang Islam mendalami ilmu   sebelum terlibat dengan jihad dan tidak patut mengikut rasa hati semata-mata kerana keluarga di tanah air yang menanggung derita.

Baru-baru ini, dilaporkan Militan Daesh yang berasal dari Melaka itu, menjadi sasaran serangan dron namun kematiannya masih belum dipastikan.

Kematian Muhammad Wanndy yang turut didakwa menjadi ketua Daesh Asia Tenggara, di Ma’dan menjadi spekulasi apabila isterinya membayangkan hal itu di Facebook.

“Ada serangan ke atasnya menggunakan dron di Syria dan kami sedang mengesahkan keadaannya,” kata pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Menurutnya, polis sedang menyiasat sama ada coretan 'pemergian' suaminya oleh Nor Mahmudah benar atau hanya helah Muhammad Wanndy.

“Jangan risau, kami ada cara untuk menyemak hal ini,” kata Mohamad Fuzi.

Melalui Facebook, pengganas itu menceritakan kisahnya dan rakan diserang ketika kenderaan mereka melalui kawasan yang dikuasai kumpulan musuh mereka, Parti Pekerja Kurdistan.

Muhammad Wanddy, dikenali juga sebagai Abu Hamzah Al-Fateh, merancang serangan di rantau ini, termasuk pusat hiburan di Puchong, Selangor tahun lalu.

Namun minggu lalu pemimpin atasan Daesh dilaporkan mula hilang keyakinan padanya susulan kegagalannya dalam operasi di Malaysia.

Beliau didakwa gagal menyusun serangan di Malaysia seperti dirancang menyebabkan pemimpin Daesh Syria dan Iraq marah.

Polis mengesahkan serangan di Movida, Puchong pada Jun tahun lalu dirancang Muhammad Wanndy.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "RAYUAN !! Pulang lah kamu kan sarat mengandung..tiada siapa lagi disana jika betul suami mu sudah meninggal (4 Gambar) "