• Semasa

    SAYU !! Hayat Adam hanya 104 hari .. Pengasuh serah tubuh kaku Adam pada bapa dakwa tersedak susu (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    SAYU !! Hayat Adam hanya 104 hari .. Pengasuh serah tubuh kaku Adam pada bapa dakwa tersedak susu (6 Gambar)Beberapa hari lepas, satu kejadian menyedihkan telah menimpa pasangan suami isteri apabila anaknya dikatakan meninggalkan dunia ketika dibawah jagaan pengasuh, apa yang paling menyedihkan pengasuh seakan tidak bertanggungjawab dan ambil ringan tentang kejadian itu.

    Pasangan suami isteri ini telah menghantar anak lelakinya di sebuah Nursery yang terletak di di atas pasaraya Bukit Indah, Nursery terletak di tingkat 1 di shoplot .

    Ini luahan sayu ibu arwah baby Adam Puan Nurul Izzah :




    Assalamualaikum. Pada 13/1/2017 sy selamatkan melahirkan baby boy yg comel diberi nama Wan Muhammad Adam Aryan bin Wan Mohamad Azizie. Untuk pengetahuan semua, Allah hanya pinjamkan baby Adam just utk 104 days sahaja. 

    Sekejap sgt Allah pinjamkan, xsempat sy nk tgk dia membesar di depan mata. Sekarang my baby Adam dh selamat menjadi anak syurga. Kpd kawan2 yg personally mesej sy, mintak maaf sgt2 sy xdapat nk reply mesej anda one by one. 

    Terima kasih atas ucapan takziah dan kata2 semangat anda. Doakan semoga sy dan suami kuat utk hadapi dugaan Allah yg paling hebat ini. Doakan yg terbaik utk my baby Adam di sana. Doakan yg baik2 utk kami. 

    Sungguh, kami x kuat utk hadapi dugaan yg maha hebat ni. Terima kasih jgk kpd kawan2 and sedara mara yg byk membantu dlm menguruskan urusan pengebumian my baby tengahari td.
    wanmuhammadadamaryan
    mysyurgababy
    ibusayangadamduniaakhirat
    13/1/2017-27/4/2017


    Kebahagian  Puan Izzah dan Suami hanya seketika. 

    27April2017 Seorang anak yg sangat comel telah dijemput Ilahi. Adam Aryan telah ditetapkn Allah hayat hanya 104hari. Adam tersedak susu dibawah jagaan pengasuh yg tidak bertanggung jawab dan sangat ambil mudah berkenaan nyawa Adam. 

    27/4/2017 Adam dihantar ke pengasuh jam 12.tghri. jam 3ptg lbh ibu adam wasapp pengasuh tnya berkenaan Adam,pengasuh jwb Adam menangis,ibu Adam mintak snap gambar Adam,namun pengasuh hanya diam. 

    jam 6ptg papa adam pergi menjumput Adam. muka pengasuh agak terkejut tgk papa Adam (sebab biasa jika hantar Adam jam 12tghri jam 9 mlm bru jemput). pengasuh ckp nk siapkn Adam. setelah 45mnt baru pengasuh muncul bwk Adam (terlalu lama pgasuh amk masa siapkn adam). 

    Ketika pengasuh serahkn Adam kpd papanya Adam sudah tidak bernyawa sudah tidak bernyawaaa,tanpa ada rasa bersalah serahkn Adam yg sudah tidak bernyawa. Adam sudah menjadi mayat.Adam sudah biru.sudah kaku. pengasuh dgn selamba ckp Adam tersedak susu, tu teksi dh ada bwk la ke hospital. 

    Mudahnya kau wahai pengasuh... kau tak panggil ambulan kau tak call ibu n papa Adam,langsung tak info. setelah d bawa ke hospital doctor jangka Adam sudah meninggal jam 5 ptg lg. andaikata papa Adam jemput Adam waktu biasa jam 9mlm tak tau la apa jadi. mudahnya kau bermain dgn nyawa manusia. 

    Statement kpd polis pengasuh ada buat cpr kpd Adam. Persoalanya: Apakah CPR itu tindakkan yg betul unt budak tersedak susu??? Apakah pengasuh mempunyai kelayakkan unt buat CPR??? jika takde ilmu cpr kau bkn jd penyelamat,tetapi menjadi pembunuh!!!

    Kami redha dgn ketentuan ini. kami juga menuntut keadilan unt Adam. supaya tiada lagi ibubapa yg senasib kami.

    Sesiapa yg ada pengalaman seperti kes ini harap dpt membantu unt membawa kemuka pengadilan.
    Semoga papa Adam Wan Azizie n ibu Adam Nurul Izzah Ayuni tabah menghadapi ujian ini.
    mogaAllahpermudahkn 
    Adamanaksyurga
    kamisayangAdam


    Jenazah Adam anak syurga selamat disemadikan semoga anak syurga ini tenang disana, diharap kedua ibu bapa nya tabah menerima dugaag yang amat berat ini, moga kematian anak syurga ini dibicara kan dengan adil mungkin faktor kecuaian dalam perkara ini. Al fatihah  

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad