• Semasa

    SAYU !! Isyya maut tragis dengan kesan lecur pada badan .. lagi 2 hari pengajian nya akan tamat (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    SAYU !! Isyya maut tragis dengan kesan lecur pada badan .. lagi 2 hari pengajian nya akan tamat (6 Gambar) - KEPALA BATAS : Jika sudah ajal sesaat pun tidak dapat lari,  Isyya begitu gembira yang diri nya akan tamat pengajian lagi 2 hari lagi sebahagian barang nya di asramanya telah dibawa pulang oleh ibu dan ayah nya semasa berjumpa diri nya petang sebelum dirinya ditemui maut.

    Tiada siapa sangka dia dijemput ajal dalam suasana yang agak tragis apa bila terkena renjatan elektrik di bilik asramanya. 

    Akhbar melaporkan seorang pelajar kolej ditemui mati di dalam bilik asramanya di sini malam tadi. Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa, Siti Nur Manisya Azmi Prem Kumar, 19, yang mengambil jurusan Sains ditemui rakannya terbaring di dalam biliknya.

    Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan kolej sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia. Ibu mangsa, Norsiah Shaari, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak keduanya itu kerana baharu sahaja menemui mangsa petang tadi. 



    "Saya dan suami pergi menemui Manisya di kolej kerana mahu mengambil barangnya untuk dibawa balik ke rumah berikutan sesi pengajiannya akan berakhir Selasa ini. 

    "Sebelum pulang, dia sempat mengajak kami makan di kedai berdekatan dan kami kemudian menghantarnya semula ke kolej," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKB, di sini, sebentar tadi. 

    Menurut Norsiah, dia masih tidak mengetahui punca sebenar kematian anaknya dan menunggu laporan bedah siasat selesai termasuk siasatan polis terhadap kejadian itu. 

    Bagaimanapun, katanya, petugas paramedik memaklumkan ada kesan lecur pada badan mangsa yang dipercayai terkena renjatan elektrik. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, selepas solat Zohor, hari ini. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad