• Semasa

    SAYU !! Maafkan aku Hanif motosikal ditunggang bergesel lori.. Sahabat dibonceng jatuh lalu digilis (10 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Maafkan aku Hanif motosikal ditunggang bergesel lori.. Sahabat dibonceng jatuh lalu digilis (10 Gambar)
    SAYU !! Maafkan aku Hanif motosikal ditunggang bergesel lori.. Sahabat dibonceng jatuh lalu digilis (10 Gambar)Taiping : Seorang remaja seseolah tidak percaya kawan yang diboncengnya maut dengan tragis didepan mata.

    Thaqifshah Samsudin yang menunggang motosikal bersama rakan nya Izzhanif telah terlibat dalam kemalangan yang mana motosikal yang dinaiki mereka berdua telah bergesel dengan sebuah lori yang menyebabkan rakan nya terjatuh lalu kepala sahabat nya digilis tayar lori terbabit.

    Thaqishah yang troma dengan kejadian kelihat menangis berada dihujung kaki jasad sahabatnya dia ditenteramkan oleh orang ramai yang berada sekitar tempat kejadian, dia terkilan apa yang berlaku dan amat sedih dengan apa yang menimpa sahabatnya itu.








    Akhbar melaporkan seorang pelajar tingkatan satu maut digilis sebuah lori selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 70.8 Jalan Sitiawan-Taiping berhampiran persimpangan masuk Kampung Sungai Lubok, di sini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang tadi, mangsa yang dikenali sebagai Izzhanif Danny Abd Rahman dari Kampung Salak Baru, di sini dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

    Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa sebelum itu membonceng motosikal bersama seorang rakannya, Thaqifshah Samsudin, 16.
    Menurutnya, dalam kejadian itu, motosikal dibonceng mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori dipandu lelaki berusia 40 tahun.

    Kedua-dua kenderaan berkenaan datang dari arah sama iaitu dari Beruas menghala ke Taiping.

    "Namun sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal berkenaan dipercayai telah bergesel di bahagian tayar kiri sebelah belakang dan digilis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Dalam perkembangan berkaitan, Harrith Kam berkata, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan.

    "Kedua-dua mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan bedah siasat," katanya.

    Mengulas lanjut, Harrith Kam berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati lori berkenaan telah dibakar oleh orang awam yang tidak dikenal pasti.

    "Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. Al fatihah buat mangsa semoga rohnya dicucuri rahmat.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad