• Semasa

    SAYU !! Menjerit minta tolong .. kaki Firdhaus kejang sebelum lenyap ditelan air (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Menjerit minta tolong .. kaki Firdhaus kejang sebelum lenyap ditelan air (6 Gambar)
    SAYU !! Menjerit minta tolong .. kaki Firdhaus kejang sebelum lenyap ditelan air (6 Gambar)HULU TERENGGANU : Kawasan perkelahan Air Terjun  Belukar Bukit di sini yang agak suram selepas tragedi kematian lima sekeluarga pada Disember 2015 kembali meriah dengan kunjungan orang ramai selepas dibuka semula awal bulan lepas.

    Setahun lebih ditutup dan dibuka awal bulan lepas kini air terjun tersebut kembali meragut nyawa,kegembiraan empat sahabat mandi-manda di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, semalam bertukar detik memilukan apabila salah seorang daripada mereka lemas setelah mengalami kekejangan kaki.

    Dalam kejadian kira- kira 2.30 petang itu, mangsa, Mohd Hakimifirdhaus Abdul Raki berasal daripada Kampung Banggol Tasek, Bukit Payung Marang sempat menjerit tolong dan rakan-rakannya telahpun cuba untuk membantunya tetapi gagal setelah mangsa tenggelam.

    Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa bersama rakan-rakannya tiba di pusat perkelahan berkenaan lebih kurang jam 12.30 tengahari dan ketika kejadian hanya mangsa seorang yang sedang mandi.




    "Rakan mangsa rehat seketika dan mangsa masih mandi sebelum secara tiba-tiba dia menjerit minta tolong kerana kakinya kejang dan terus tenggelam. Rakan-rakannya segera memberi pertolongan tetapi gagal.

    "Rakan mangsa kemudiannya terus hubungi pihak berkuasa minta bantuan. Lebih kurang jam 3.40 petang mangsa yang merupakan penuntut Politeknik Sultan Ibrahim, Johor ditemui pasukan penyelamat sejauh kira-kira enam hingga tujuh meter dari lokasi kejadian.

    "Kedalaman air hampir empat meter. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya," katanya. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad