• Semasa

    SAYU !! Pergi mu terlalu cepat tinggalkan anak-anak.. Anggota polis maut kereta dirempuh pemandu terbabas (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    SAYU !! Pergi mu terlalu cepat tinggalkan anak-anak.. Anggota polis maut kereta dirempuh pemandu terbabas (8 Gambar) - Machang : " AL FATIHAH UTK B... Pergi Mu terlalu cepat meninggalkan anak-anak " luahan sayu bekas isteri anggota Polis yang maut dalam kemalangan awal pagi tadi di Machang.
    Menurut Puan Siti Fazani perpisahan dengan bekas suami Mohd Faizal Pauzi, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban tidak meghalangnya untuk berhubung dengan bekas suami nya itu demi anak-anak mereka.
    Namun malam tadi mereka terus terpisah jauh bekas suami nya itu telah dijemput ilahi apabila terlibat dalam kemalangan yang mana kereta yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta lain yang terbabas masuk ke laluan bertentangan yang dilalui kereta Mohd Faizal.
    Ini luahan sayu Puan Fazani @ Rose di laman sosial nya buat bekas suaminya Mohd Faizal :






    Harian metro melaporkan dua lelaki termasuk seorang anggota polis maut manakala tiga cedera, termasuk dua parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan, har ini.
    Kejadian berlaku di Kilometer 37 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah, di Machang, kira-kira 3 pagi.
    Mohd Faizal Pauzi, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban dan Mohd Zariff Che Zukri, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.
    Dua yang parah adalah adik Mohd Faisal yang juga anggota polis di IPK Kuantan, Muhamad Amin, 25, dan Nik Muhammad Arif Nik Musa, 24.
    Pelajar, Muhammad Amirun, 17, yang juga adik Mohd Faizal cedera dalam kemalangan itu.
    Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kelisa dipandu Mohd Zariff dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
    "Akibatnya, kenderaan itu bertembung dengan Perodua Viva dinaiki tiga beradik yang dipandu Muhammad Amin.
    "Dua mangsa maut, pemandu Perodua Kelisa dan penumpang hadapan Perodua Viva.
    “Mereka parah pula adalah pemandu dan penumpang kedua-dua kereta," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
    Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang manakala mangsa cedera turut dirawat di hospital sama.
    Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. semoga Puan Siti Fazani dan anak-anak tabah menempuh dugaan ini. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad