• Semasa

    SAYU !! Rindu kau dek sunyi jer rumah ni .. siksa nya abang lihat saat adik dijemput ajal (8 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Rindu kau dek sunyi jer rumah ni .. siksa nya abang lihat saat adik dijemput ajal (8 Gambar)
    SAYU !! Rindu kau dek sunyi jer rumah ni .. siksa nya abang lihat saat adik dijemput ajal (8 Gambar)Tanjung Malim : Abang kepada mangsa lemas di Sungai Bil merasa amat sedih dengan apa yang berlaku terhadap adik nya,malah dia sungguh sedih dan siksa melihat saat adik nya dijemput ajal lemas di telan arus kepala air ketika mandi.
    Muhd Shah berkata detik-detik adik nya lemas itu telah berjaya dirakam oleh pengunjung disitu dan telah di viralkan oleh sesetengah pihak dilaman sosial, siapa yang tidak sedih melihat saat itu.
    Dia juga memohon pada yang memviralkan video tersebut agar menjaga perasaan keluarga mereka, namun kata nya benda sudah berlaku dirinya dan keluarga pasrah dan redha walaupun keadaan amat menyedihkan.
    Beliau juga sempat berkongsi gambar nya bersama adik nya itu semasa kecil dilaman sosial dan mendoakan agar adiknya itu tenang disana.
    Akhbar melaporlan seorang lelaki lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Sungai Kampung Bil dekat Slim River, semalam.





    Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Aidil Akasah Mohd Yusof, 23, dikatakan hanyut dibawa arus deras dan tidak dapat diselamatkan rakan ketika mandi di sungai itu.
    Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai datang ke kawasan perkelahan itu bersama beberapa rakannya.
    Beliau berkata, mangsa kemudiannya mandi bersama tiga rakannya dan tiba-tiba arus sungai naik mendadak dan menghayutkan mangsa.
    "Tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian itu bagaimanapun mangsa gagal ditemui sehingga operasi mencari dan menyelamt dijalankan.
    "Mangsa ditemui pasukan keselamatan pada 8.55 malam kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan hanyut," katanya, hari ini.
    Beliau berkata, mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh sepasukan petugas perubatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut.
    Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan tali untuk menaikkan mayat mangsa ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
    Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan(PBK) 1, Zaini Saleh. Al fatihah buat arwah Aidil Akashah.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad