• Semasa

    SAYU !! Wanginya cikgu lepas ni tak boleh jumpa saya dah ... kata terakhir Raffiq buat Cikgu Zurdiana (5 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Wanginya cikgu lepas ni tak boleh jumpa saya dah ... kata terakhir Raffiq buat Cikgu Zurdiana (5 Gambar)
    SAYU !! Wanginya cikgu lepas ni tak boleh jumpa saya dah ... kata terakhir Raffiq buat Cikgu Zurdiana (5 Gambar)Gelang Patah : Permergian tragis Muhammad Halisron Raffiq terlibat dalam kemalangan petang semalam mengundang pilu keluarga,rakan-rakan sekolah serta guru-gurunya.

    Dalam kemalangan semalam Raffiq cedera parah akibat tersepit didalam kereta yang dipandunya apabila kereta tersebut bertembung dengan sebuah bas, sungguh mengejutkan Raffiq baru berusia 15 tahun dan belum memiliki lesen memandu yang sah.

    Raffiq seorang pelajar yang ceria dan disenangi rakan-rakan dan guru-girunya, salah seorang guru yang terkesan dengan permergian Raffiq adalah Cikgu Puan Zurdiana.

    Cikgu Puan Zurdiana ada meluahkan kata-kata sayu dilaman sosialnya  dengan permergian pelajarnya itu.
    "Wah, wanginya cikgu!", tegur dia bersahaja sambil melemparkan senyuman yang tak pernah lekang di bibir manisnya. Ikhlas. Ya, sangat ikhlas senyumnya.

    Dia menghampiriku. "Cikgu lepas ni tak boleh jumpa saya dah". katanya ringkas. Aku hairan dan timbul perasaan ingin tahu. Aku cuba meneka. "Kenapa pulak? Awak nak pindah ke?". "Eh, takdelah", jawabnya ringkas sementara senyuman masih melekat di bibirnya. "Habis tu kenapa?". Aku masih cuba mendapatkan jawapan darinya tapi dia hanya meninggalkan aku denga senyuman yang penuh makna.Tiada jawapan dapat aku tafsirkan.

    Semalam, 3 Mei 2017, aku sudah mendapat jawapan kepada persoalanku itu. Rupa-rupanya aku betul-betul tak dapat junpa dia lagi. Setiap kali kami terserempak, dia pasti menegur dan menyakat aku. Dia suka bergurau.

    Teringat kembali masa dia mula-mula ke sesi pagi. Aku tanya dia berada di kelas mana dan dia bagitahu dia turun ke kelas asal macam tingkatan satu dan katanya dia menyesal tak belajar bersungguh-sungguh. Dia berjanji untuk buat yang terbaik dan akan berada di kelas Bangi semula.

    Halisron Raffiq. Awak akan sentiasa berada dalam ingatan cikgu. Awak anak yang baik dan hormat semua orang. Awak suka bergurau dan senyuman manis awak tak pernah hilang di bibir awak saat kita terjumpa.

    Halisron Raffiq, semoga awak tenang di sana. Sudah sampai masanya untuk awak berehat. Rehatlah sepuasnya. Semoga syurga buatmu anakku, Halisron Raffiq.
    Al-fatihah. 
    Salam takziah buat keluarga arwah.

    Cikgu yang terkesan dengan kehilanganmu,
    Cg. Zurdiana Zaini.


    Apa yang berlaku kepada Raffiq semoga dapat dijadikan pengajaran,mungkin dia ada sebab memandu kereta sendiri yang akhirnya meragut nyawa nya.

    Pada Cikgu Zurdiana kuat kan semangat cikgu anda seorang guru yang sangat prihatin dan penyayang semoga cikgu terus diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa kita, semoga roh arwah Raffiq tenang disana. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad