• Semasa

    [Video] 'Pak Haji' Naik Hantu Gara-Gara Lelaki Bunyikan Hon Sepanjang Solat Jumaat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [Video] 'Pak Haji' Naik Hantu Gara-Gara Lelaki Bunyikan Hon Sepanjang Solat Jumaat

    [Video] 'Pak Haji' Naik Hantu Gara-Gara Lelaki Bunyikan Hon Sepanjang Solat JumaatJOHOR BAHRU: Suasana di masjid Austin Perdana di sini sebentar tadi kecoh sebaik sahaja para jemaah selesai menunaikan solat Jumaat.

    Kekecohan dipercayai berlaku kerana tindakan pemilik kereta jenis Toyota Camry membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.

    Menurut seorang pengguna Facebook, Afiq Kltown, tindakan lelaki Cina itu yang membunyikan hon tanpa henti dan tidak menghormati umat Islam yang sedang menunaikan solat jumaat menimbulkan kemarahan para jemaah.

    Sementara sebuah lagi video yang dimuat naik di laman Facebook Malaysian Response Team pula menunjukkan keadaan bertambah teruk apabila pemandu itu cuba untuk melarikan diri, namun tidak berjaya kerana keretanya dihalang kenderaan lain.

    Situasi semakin genting apabila kelihatan para jemaah bertindak memukul kereta pemandu Toyota Camry itu. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu kereta berkenaan yang memakai baju berwarna merah turut dibelasah teruk menggunakan kon.

    Sehingga kini video tersebut mendapat tontonan lebih 163,000 selepas sejam dimuat naik.

    Ahli jemaah masjid Austin Perdana ketika dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut dan laporan mengenai insiden itu dibuat di balai polis Setia Indah.

    Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Malaysian Digest turut menghubungi balai polis Setia Indah.

    Jurucakap polis Setia Indah mengesahkan telah menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut.

    Katanya, punca kejadian masih lagi disiasat.



    Sumber: malaysiandigest

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad