Maafkan Abang.. Mereka Tetak Adik Saya Shahrul Tanpa Belas Kesihan - Luahan Sayu Abang (6 Gambar)

Maafkan Abang.. Mereka Tetak Adik Saya Shahrul Tanpa Belas Kesihan - Luahan Sayu Abang (6 Gambar) BESUT : Salah faham antara punca seorang lelaki ditetak dengan kejam depan mata abang, dalam kejadian petang semalam di Kampung Pengkalan Nyireh Besut.

Abang kepada mangsa yang maut ditetak menceritakan punca sebenar kejadian ketika membuat laporan polis mengenai kes tersebut.

" Saya melihat motosikal ibu suspek terbakar dan abang kepada suspek yang memegang minyak tanah sebelum motosikal tersebut terbakar, lalu saya menghubungi suspek  yang bernama khairul untuk maklumkan motosikal milik ibunya terbakar, selepas kejadian dia bergegas pulang" .

" Selepas itu suspek menghubungi nya dan menuduhnya membakar motosikal milik ibu suspek, kata nya sepupu nya yang melihat kejadian itu".



"Lalu saya bersama  bersama adik saya Shahrul dan rakan saya bernama Aiman ke rumah suspek dengan menaiki Myvi dengan hasrat untuk mencerita apa sebenarnya berlaku kepada suspek".

"Malang nya seorang demi seorang sepupu suspek dan rakan-rakan suspek muncul sampai 10 orang cuba menyerang saya adik dan aiman menyebabkan kami lari cuba menyelamatkan diri".

"Malangnya ketika melarikan diri adik nya shahrul terjatuh lalu ditetak oleh mereka ketika itu ada nya sempat menyuruh abangnya lari bersama Aiman untuk selamatkan diri sehingga lah Shahrul maut " kata nya melalui laporan polis.

Apa yang berlaku sungguh pantas saya sedih dan terkilan tidak dapat menyelamatkan adiknya shahrul mengakibat kan dia maut dengan tragis dan kecederan parah akibat tetekan.

Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditemui mati ditetak dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 5.15 petang, mangsa berusia awal 20an ditemui lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden  Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum mayat mangsa ditemui polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku satu pergaduhan berhampiran tapak pasar Tani  Pangkalan Nyireh.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai ditetak.

"Mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dipercayai ditetak dengan senjata tajam.
"Motif kejadian belum dikenalpasti dan butir butir mangsa belum diperolehi. Mayat mangsa dihantar oleh  ke Hospital Besut untuk bedah siasat," katanya.

Mohd  Zamri berkata lagi, polis sedang giat melancarkan gerakan mengesan suspek bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Al fatihah 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Maafkan Abang.. Mereka Tetak Adik Saya Shahrul Tanpa Belas Kesihan - Luahan Sayu Abang (6 Gambar)"