• Semasa

    Netizen Menganggap Zuhairi Cuba Mencari Penyelesaian Untuk Menyembuhkan Kesan Melecur Pada Tubuh Zulfarhan?!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Netizen Menganggap Zuhairi Cuba Mencari Penyelesaian Untuk Menyembuhkan Kesan Melecur Pada Tubuh Zulfarhan?!

    Netizen Menganggap Zuhairi Cuba Mencari Penyelesaian Untuk Menyembuhkan Kesan Melecur Pada Tubuh Zulfarhan?! - Suspek utama pembunuhan seorang Pegawai Kadet UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, yang merupakan rakan baik Zulfarhan.

    Sudah menjadi lumrah bagi pemuda awal 20-an pada era kini untuk aktif di media sosial dan berkongsi tentang aktiviti seharian dengan rakan atau pengikutnya, dan Zuhairi yang berusia 21 tahun seperti Zulfarhan, tidak terkecuali.

    Netizen Menganggap Zuhairi Cuba Mencari Penyelesaian Untuk Menyembuhkan Kesan Melecur Pada Tubuh Zulfarhan?!



    Dan akaun-akaun media sosial milik Zuhairi kini menjadi tumpuan Netizen kerana ia seolah-olah memberi bayangan mengenai apa yang berlaku setelah dia dan rakan-rakan yang lain merencana ‘hukuman’ buat Zulfarhan yang dia percayai telah mencuri sebuah komputer riba.

    Terdapat gambar-gambar Zuhairi dan Zulfarhan melakukan aktiviti bersama, antaranya aktiviti Warrior’s Chellenge (Cabaran Perwira) di universiti tempat mereka berdua belajar.


    Dari gambar aktiviti-aktiviti yang dimuat naik olehnya, Zuhairi kelihatan seperti seorang pemuda yang normal dan seorang tentera yang berdedikasi dan cergas.

    Jadi bagaimana kehilangan sebuah komputer riba bisa menukarkan dirinya bersikap sadistik terhadap rakan sendiri? Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak.

    Apa yang ditulis Zuhairi dalam dua minggu akhir sebelum ditahan polis atas kematian Zulfarhan juga memberi bayangan kepada apa yang difikirkannya dalam tempoh tersebut.


    Penderaan terhadap Zulfarhan berlaku pada 22 Mei, dan pada 30 Mei lepas, dua hari sebelum kematian Zulfarhan, Zuhairi menulis sebegini:

    Twitter Ads info and privacy
    Netizen meneka yang Zuhairi sebenarnya merujuk kepada Zulfarhan, inginkan rakannya itu sembuh lebih cepat. Dari apa?

    Zuhairi memiliki satu akaun YouTube dan nampaknya sebelum ditahan, Zuhairi telah menekan butang ‘suka’ dua video mengenai cara merawat kulit melecur.

    Netizen menganggap Zuhairi cuba mencari penyelesaian untuk menyembuhkan kesan melecur pada tubuh Zulfarhan sendiri, tetap enggan membawa rakannya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    Pada masa ini Zuhairi dipercayai merahsiakan kecederaan Zulfarhan dan menyembunyikan pemuda itu di asrama lokasi penderaan tersebut berlaku dan juga di sebuah apartmen.


    Bedah siasat pada jasad Zulfarhan menunjukkan dia memiliki kesan melecur tahap dua dan tiga pada 80 peratus tubuhnya, manakala rusuk kirinya patah. Kesan melecur dengan corak seterika wap ini didapati pada keseluruhan tubuhnya, termasuk di alat sulit.


    Siapakah sebenarnya yang tampil dengan idea menggunakan seterika panas untuk menyeksa arwah Zulfarhan? Ia sesuatu yang sangat mengejutkan kerana jika Zulfarhan dapat diselamatkan sekalipun, kesan melecur teruk itu sudah pasti meninggalkan parut pada kulitnya.

    Zulfarhan, melalui komen yang diberi pada Zuhairi di akaun Instagram memberitahu Zuhairi ialah idolanya.

    Bagaimanakah nilai setiakawan boleh hilang lenyap, menjadi tidak berharga hanya kerana sebuah komputer riba, tambahan pula tiada bukti Zulfarhan telah mengambilnya?

    Apakah persekitaran yang memaksa seorang tentera seperti Zuhairi untuk menjadi lelaki sejati, di mana dia diberitahu seorang lelaki sejati perlu menyimpan emosi dan bertahan, bukan meluahkan, menyebabkan amarah dan kekecewaan terkumpul dan akhirnya meletus dan dilepaskan pada Zulfarhan pada satu kesempatan?

    Hanya Zuhairi tahu jawapannya.

    Sumber: amazingnara.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad