• Semasa

    Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan

    Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham ZulfarhanBANGI, SELANGOR - Susulan kematian penuntut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, polis akan mengambil keterangan doktor klinik swasta yang terlibat untuk membantu siasatan kes buli tersebut, lapor Harian Metro.

    Polis cari bomoh yang petik nama Allahyarham Zulfarhan


    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan yang ada berhubung kes itu, termasuk seorang bomoh yang dilaporkan telah membantu suspek. 

    "Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba itu. Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya," katanya.

    Menurut Fadzil Ahmat, siasatan kes itu mungkin akan mengambil masa yang lama berikutan ia membabitkan ramai suspek dan memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus. 

    Dalam kejadian 21 Mei 2017, Allahyarham telah dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum beberapa bahagian badannya ditekap dengan seterika wap. 

    Menurut rakannya, Allahyarham antara individu yang dituduh mencuri komputer riba berkenaan tetapi tidak menyangka Allahyarham diperlakukan seperti itu selama beberapa hari sehingga meninggal dunia kelmarin. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad