• Semasa

    Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia - Al Fatihah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia - Al Fatihah | BEKAS Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, meninggal dunia pada 8.45 pagi, hari ini, di Hospital KPJ Ipoh.


    Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia - Al Fatihah


    Allahyarham yang berusia 61 tahun, dimasukkan ke hospital itu semalam, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan tekanan darah rendah.

    Jenazahnya dijangka dibawa ke rumahnya di Ampang, Ipoh, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh, selepas solat Jumaat.

    Raja Ahmad Zainuddin juga bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak yang banyak menyumbang bakti kepada pembangunan sukan bola sepak negeri sehingga digelar pengurus skuad ‘The Boss Gaurus’ paling berjaya.

    Khidmat baktinya tidak terhenti kepada sukan bola sepak malah kepada rakyat apabila pernah menjadi Ahli Parlimen Larut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad