• Semasa

    SAYU !! Anak Sulung Arwah Mejar Yazmi Menangis Dalam Dakapan Tunku Azizah (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Anak Sulung Arwah Mejar Yazmi Menangis Dalam Dakapan Tunku Azizah (6 Gambar)

    SAYU !! Anak Sulung Arwah Mejar Yazmi Menangis Dalam Dakapan Tunku Azizah (6 Gambar)Beberapa siri foto anak sulung Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Mikhail Adam Riaz, 11, menangis dalam dakapan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengundang sebak orang ramai. Foto tersebut menunjukan Mikhail sedang menangis sambil dipujuk dan ditenangkan oleh Tunku Azizah yang hadir melawat bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

    SAYU !! Anak Sulung Arwah Mejar Yazmi Menangis Dalam Dakapan Tunku Azizah (6 Gambar)


    Difahamkan sepanjang berada di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Mikhail gagal menahan sebak dan menangis sebelum dipujuk oleh Tunku Azizah yang turut tersentuh. Suasana pilu itu menyebabkan anggota keluarga yang hadir di perkarangan Unit Forensik turut mengalirkan air mata. 

    Foto-foto tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, RBO Rahim Othman semalam beserta nukilan bertajuk ‘Mereka Adalah Wira Negara.’ Entri tersebut telah dikongsi lebih 5,000 pengikut dan mendapat hampir 3,000 komen yang rata-ratanya sayu melihat wajah sebak Mikhail. Terdahulu, dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 Mejar Yazmi Mohamed Yusof TUDM, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari TUDM, 31 dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu kira-kira jam 11.30 pagi semalam ketika menjalani sesi latihan. 

    Jasad kedua-dua juruterbang berkenaan ditemui pada jarak 20 meter antara satu sama lain dalam keadaan lengkap berpayung terjun di kawasan hutan berpaya berhampiran Chukai, Kemaman kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM, Kuantan. Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi bersama enam anak iaitu Mikhail Adam Riaz, 11, Mukriz Anwar Riaz,10, Muaz Addin Riaz, 7, Mika Adden Fiaz, 4, Mika Ayman Riaz, 4, dan Musa Akhtar Raiz, 3. Foto: Facebook RBO Rahim Othman... 





    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad