• Semasa

    Telatah Abang Kecil Ini Jaga Adik Ketika Si Ayah Sedang Solat Buat Kami Kagum





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Telatah Abang Kecil Ini Jaga Adik Ketika Si Ayah Sedang Solat Buat Kami Kagum
    Telatah Abang Kecil Ini Jaga Adik Ketika Si Ayah Sedang Solat Buat Kami Kagum"Baiknya Awak Sayang.... semoga menjadi anak yg solehah didunia dan di akhirat...amin"


    #Kagum, Telatah Abang Kecil Ini Jaga Adik Ketika Si Ayah Sedang Solat, Bila Ayahnya Selesai Dia Pula Bangun Solat


    Telatah Abang Kecil Ini Jaga Adik Ketika Si Ayah Sedang Solat Buat Kami Kagum



    Setiap anak yang baru dilahirkan adalah seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri, jika cantik coraknya, maka cantiklah hasilnya.

    Anak perlu diberikan didikan yang sempurna seimbang dunia dan akhirat untuk mereka meneruskan hidup di masa akan datang di mana dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

    Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Shahrin Nasir cukup buat hati rasa bersyukur, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gelagat seorang abang kecil yang menjaga adiknya semasa ayahnya sedang menunaikan solat di sebuah surau di Bandar Tawau, Sabah.

    Apa yang menarik, selepas bapanya selesai solat, beliau pula bangun untuk bersolat, hebatnya didikan dari ibu baba budak lelaki ini.
    Jom baca.

    Berdiri kagum aku seketika...melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya...
    Cantik sungguh akhlak anak ini ...tidak melepaskan tnggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil...

    Setelah ayahnya selesai solat...aku terpegun sekali lagi...melihat dya pula yg beribadah kepada Tuhan...Tahniah kepada ibuBapa anak ini...
    Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sngat jelas dalam diri anak anda yg comel dan taat ini...rasa cemburu bila melihat anak ini.

    #minta izin ambil gmbar ya bang...lupa bgtaw tdi..
    "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun;

     bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.”-- - Surah luqman : ayat 14

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad