• Semasa

    Tiada kes jual satay kucing dan anjing di bazaar ramadhan Singapura





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tiada kes jual satay kucing dan anjing di bazaar ramadhan Singapura

    Tiada kes jual satay kucing dan anjing di bazaar ramadhan SingapuraSINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura tampil menafikan dakwaan netizen di media sosial kononnya seorang peniaga ditahan kerana menjual satay kucing dan anjing di Geylang Raya Bazaar. 

    Tiada kes jual satay kucing dan anjing di bazaar ramadhan Singapura


    Menurut laporan palsu yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu, Kementerian Kesihatan Singapura telah menahan seorang peniaga yang menjual daging tidak halal selepas penggunjung bazaar curiga dengan satay yang dijualnya. 

    Gambar seorang lelaki yang ditahan oleh anggota penguatkuasa berpakaian biasa itu juga viral di media sosial.

    Apa yang berlaku sebenarnya ialah, pihak berkuasa Singapura telah menahan beberapa pengendali makanan warga asing yang bekerja tanpa permit, bukannya melibatkan kes daging dendeng yang didakwa tidak halal, kemudian dijadikan sebagai satay untuk dijual di Geylang Raya Bazaar. 

    "Seramai 22 pengendali makanan warga asing ditahan Kementerian Tenaga Kerja Singapura dalam operasi yang dijalankan bersama polis dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) pada Selasa 30 Mei. 

    1
    Gambar satay diperbuat dari daging anjing yang viral di media sosial
    "Siasatan masih dijalankan, namun orang ramai diingatkan untuk tidak terus percaya pada khabar angin yang tersebar di media sosial tanpa menyemak kesahihannya terlebih dahulu," kata kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan. 

    Terdahulu, post berkenaan viral di media sosial Malaysia dan menimbulkan salah faham orang ramai sehingga ada yang meminta mana-mana kenalan mereka yang pergi ke Singapura, elak dari pergi ke bazaar mereka kerana bimbang pengunjung beragama Islam terbeli satay daging dan kucing. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad