• Semasa

    "Usah Peduli Sindiran 'Balik Kampung Tapi Tidur Homestay, Hotel', Aurat Isteri dan Anak Dara Kita Lebih Utama"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Usah Peduli Sindiran 'Balik Kampung Tapi Tidur Homestay, Hotel', Aurat Isteri dan Anak Dara Kita Lebih Utama"

    "Usah Peduli Sindiran 'Balik Kampung Tapi Tidur Homestay, Hotel', Aurat Isteri dan Anak Dara Kita Lebih Utama"Tahun lalu, ada confessor yang kongsi pandangan mengenai balik beraya di kampung tetapi tinggal di hotel dan tindakan itu dianggap tidak wajar. Namun bagi Abdul Ghani Haron, adalah penting bagi suami atau bapa menjaga aurat isteri dan anak perempuan mereka. Jangan ambil mudah, semoga bermanfaat.


    "Usah Peduli Sindiran 'Balik Kampung Tapi Tidur Homestay, Hotel', Aurat Isteri dan Anak Dara Kita Lebih Utama"


    PENAMPAKAN AURAT

    Bagi yang nak balik beraya di kampung, baca cerita lama tulisan saya ini untuk difikirkan. 

    "CERITA BALIK BERAYA, BANYAK MANA MENGGENDONG DOSA"

    Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang bersolat jemaah subuh bersama saya. 

    "Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya, Mak Lang," 

    "Mak Lang dah dah siap awal. Mak Lang dah tempah homestay. Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay. Tinggal anak dan isteri sahaja di rumah Mak Lang. Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai, sepupu, biras," katanya. 

    Cerita balik raya di kampung memang seronok, tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang. Apa tidaknya, bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur bergelimpangan sehingga ke ruang tamu kerana bilik tidak mencukupi. Maka akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu, biras dan sebagainya.
    Masa tidur, keluar dari bilik mandi, semasa menyusu badan, apatah lagi kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat. Paling resah adalah wanita yang terpaksa 'berbungkus' selama 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram di sekelilingnya menyebabkan mereka berasa rimas dan panas. Ditambah pula beratur di bilik mandi. 

    JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG AURAT

    Inilah cerita yang tidak seronok bila balik beraya di kampung, yang tidak terzahirkan kerana mahu menjaga hati banyak pihak. Tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami, mentua serta ipar. 

    Namun, suami yang prihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambil kira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa. Suami yang prihatin sepatutnya mengambil kira untuk tetap menyembunyikan aurat isteri, meringankan pengorbanan mereka yang kena 'berbungkus' selama 24 jam. 

    Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu di mana masalah aurat tidak diberi penekanan dan hal ini diremehkan. Tetapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan ambil mudah bila beraya bersama ipar lamai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dalam apa situasi pun. 

    Nak menjaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dalam masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki dan wanita yang bukan mahram tetap perlu dibuat dan diutamakan dari soal kekeluargaan. Maka penyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasingkan dengan menyewa homestay atau hotel walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. 

    SUAMI TETAP TERSERET JIKA AURAT ISTERINYA TERDEDAH

    Bukan sahaja bila bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara. Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri dan anak dara anda. Kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah, jika dia tidak bersedia mengelaknya. 

    Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasingkan diri ke gua sehingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim (hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). 

    Jangan balik beraya menggendong dosa. Jangan peduli sindiran orang yang menyebut, 

    "Balik kampung tapi tidur homestay, hotel" 

    kerana mereka mungkin tidak faham yang kita mahu mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air besar juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejaskan kesihatan. 

    Kesimpulannya, apa juga yang kita buat, jangan sekadar merancang untuk melaksanakannya tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa. 

    Bantulah isteri anda dalam memerlihara auratnya. Bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yang mandatori, yang wajib dilaksanakan. Wallahu a'lam. 

    Sumber: Abd Ghani Haron via thereporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad