• Semasa

    Video Ustaz Azhar Idrus Tergamam Tunduk Dengar Ucapan Ulamak Syria





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Video Ustaz Azhar Idrus Tergamam Tunduk Dengar Ucapan Ulamak Syria

    Video Ustaz Azhar Idrus Tergamam Tunduk Dengar Ucapan Ulamak SyriaKehadiran Ustaz Azhar Idrus memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau merupakan penceramah bebas yang berasal dari Terengganu dan terkenal dengan gaya mendakwah bersahaja sambil diselitkan unsur lawak dalam dialek Terengganu. Kerana itu, beliau telah berjaya menarik golongan anak muda untuk menyertai majlis ilmu.


    Video Ustaz Azhar Idrus Tergamam Tunduk Dengar Ucapan Ulamak Syria


    Namun, walaupun beliau dikenali dan disukai ramai, beliau juga tidak terlepas dengan kejian dan caci maki orang yang tidak sependapat dengannya dek kerana kelantangan beliau bertegas menyuarakan hak dan menentang kebatilan. Malah ada yang mempertikaian gaya penyampaian ceramah beliau.

    Itu pandangan dari masyarakat, bagaimana pula pandangan Ulamak? Adakah ulamak juga turut tidak bersetuju dengan pendekatan ceramah yang di bawa beliau, atau sebaliknya? 

    Di bawah kami kongsikan video Ulamak Syria, Sheikh Ali As-Sobuni yang merupakan seorang pakar tafsir Al Quran dan merupakan salah seorang ulamak hebat yang masih hidup hari ini, menyuarakan pendapat beliau tentang Ustaz Azhar Idrus.


    "Saya yakin apa yang keluar dari mulut Ustaz Azhar Idrus adalah dari hati dan luahan diri dia sendiri. Dan daripada hati akan sampai juga ke hati-hati para pendengar." 

    "Walaupun dia lebih muda dibanding saya, saya anggap dia sebagai 'Sheikh' juga"

    Jadi apa yang dapat kita simpulkan? Ulamak terkenal sendiri pun iktiraf Ustaz Azhar Idrus. Tapi sayangnya ada segelintir daripada kita yang ilmu agama tidak seberapa tetapi hanya tahu mencaci dan mengkritik orang lain.

    Satu fakta yang jelas, pendekatan dakwah Ustaz Azhar Idrus sangat berkesan. Buktinya beliau telah berjaya menarik puluhan ribu anak muda dan juga golongan tua dahagakan ilmu agama. Sindirian beliau dalam ceramah juga sangat menggelikan hati namun membawa maksud yang mendalam.

    Sumber: Laicikang

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad