9 September Dipilih Tarikh Baru Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong


9 September Dipilih Tarikh Baru Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong - Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini bersetuju untuk memilih 9 September(Sabtu) sebagai tarikh baru untuk sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 selepas dipinda sebelum ini, lapor Harian Metro.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya menerusi satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini 29 Julai telah dipilih sebagai tarikh untuk sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

"Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V bagi 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai kepada Sabtu 9 September 2017," kata kenyataan itu. 


Sumber: Siakapkeli

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "9 September Dipilih Tarikh Baru Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong"