• Semasa

    "Aku Ni Tunggu Mati Saja, Nak Harap Anak Semuanya Sibuk"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    "Aku Ni Tunggu Mati Saja, Nak Harap Anak Semuanya Sibuk" - Awal pagi tadi, sempat pergi ke pasar. Alang-alan dah cuti hari ini, saya ambil peluang untuk membeli barang dapur serba sedikit. Semasa saya sedang membelek-belek cili, ada seorang makcik berdiri di sebalh. Kemudian saya memegang dua tiga kuntum bunga kantan. 

    "Ambil yang dah nak kemerah-merahan, baru sedap. Kau nak masak asam pedas?" tanya makcik berkenaan. 

    Saya pun angguk beria. Saya terus ambil seikat daun kesum, begitu juga makcik. Kami senyum sendiri.

    "Makcik pun masak asam pedas juga ke?"

    "Ha'ah, anak aku nak balik malam karang," balasnya sambil ketawa dan kemudian terus memilih ikan-ikan yang ada.

    Ayam yang saya pesan telah pun siap dipotong kecil. Semua sayur-syuaran, ikan, udang dan sedikit barang kering juga telah saya isikan baik-baik di dalam bakul. Terus saya meluru beratur di kaunter. Makcik tadi berada di hadapan saya, kami saling berbalas senyuman.

    "Kau masak guna ikan apa?"

    "Ikan kerisi makcik, hehe! Memang dah ada di rumah dah," 

    "Alah, tak sedap langsung! Ini ha, tengok aku beli ikan merah cenggini haa!" katanya sambil menunjuk ibu jarinya dan spontan kami ketawa lagi. 

    Sampai sahaja giliran makcik di kaunter, subhanallah, banyak bebenor dia membeli. Selepas satu beg, satu beg lagi diisi. Beliau mengangkat dan meletakkan 2 3 beg plastik yang telah dikira di tepi kaki. Saya perhatikan sekeliling, tak mungkin beliau datang seorang diri. 

    Makcik itu kemudiannya mengangkat semua beg plastik yang saya kira lebih dari tiga itu dan berjalan keluar dari kedai. Giliran saya pula membuat pembayaran. Usai saja, saya pun membawa dua plastik kecil menuju ke kereta. Makcik tadi berdiri di luar kedai dan saya pun sekali lagi memberi senyuman kepadanya. Saya membuka boot kereta dan meletakkan barang.

    "Nak, boleh aku tumpang kereta kau nak? Rumah aku kat sana tu je. Aku terlupa yang aku jalan kaki hari ini," katanya sambil ketawa. 

    Saya pun terus kata boleh dan mendapatkan semua barang-barangnya dan letakkan dalam kereta. Beliau mahu duduk di kerusi belakang, saya pun meminta beliau menunjukkan jalan ke rumahnya. Baru saja menghidupkan enjin kereta, beliau sudah bertanya saya berasal dari mana, sudah berkahwin atau belum, ada berapa orang anak. Saya jawab satu demi satu.

    "Minta maaflah menyusahkan kau, nama kau siapa?" tanyanya. 

    "Khairul," balas saya.

    "Laki aku tu dah penat-penat sekarang. Biaulah dia tidur," katanya membuatkan saya terus dapat menangkap yang makcik ini berasal dari Melaka.

    "Makcik ini, orang Melaka ke?"

    "Ha'ah, betul. Pandai kau!" 

    Kami pun ketawa lagi.

    "Banyaknya makcik beli barang, ramai ke anak-anak nak balik?" soal saya padanya.

    Soalan itu membuatkan beliau diam tiba-tiba. Saya pandang cermin belakang, beliau hanya melemparkan pandangannya ke luar. 

    "Seorang saja, hehe" Itu pun ada menda tah kata ada urusan di Kuala Lumpur. Bolehlah makan asam pedas ini kang. Dia suka sangat asam pedas," katanya.

    “O…oo..” saya menjawab.

    “Entahlah. Ada empat orang anak. Nak mengharap seorang telefon setiap hari pun tak ada,” katanya perlahan-lahan. 

    Saya juga cuba memandu kereta seperlahan yang mungkin. Pasti ada sebab mengapa Allah pertemukan saya dengan beliau hari ini.

    "Semua dah berjaya Khairul, itu sajalah yang aku doakan. Seronok, yang lain aku tak seronok. Dah macam mana nak seronok , aku ni rindukan anak-anak. Dahlah aku berhenti kerja, anak aku beza umur pun tak jauh, 4-4 tu. Masa muda, fokus besarkan diorang ini. Dah tua, diorang fokus kehidupan diorang dah. Aku ini, tunggu mati saja.

    "Kau nanti hidup dah tua, macam inilah. Anak-anak kau sibuk uruskan kehidupan. Kau pula sunyi sepi. Kalau kita minta diorang duduk dekat-dekat, katanya kita ini busy body. Ada yang seorang itu siap pindah pun tak nak beritahu kita. Tak apalah, kau dah kaya banyak duit. Aku tak hadaplah.

    "Kalau kau balik rumah aku, aku layan kau baik-baik. Aku tetap teringin nak peluk kau. Nak kaum cium tangan aku, aku nak rasa tangan kau macam mana tangan kecil kau itu aku ramas-ramas semasa kau masih bayi dulu. Kau tetap anak aku walaupun kau rasa aku bukanlah ibu yang baik.

    "Budak-budak sekrang ini tak merasa macam mana kita susah dulu. Sikit-sikit bagi alasan zaman ini sudah lain. Kau lahir dulu, aku jaga kau sendiri, susukan kau sendiri. Bapak kau tahan badan dia belakang badan aku supaya aku panas juga nak susukan kau masa kau menangis jaga malam-malam. Budak sekarang apa tahu? Kita tegur sikit tak menyusu badan, terus tarik muka. Dalam pantans, terus sibuk nak balik rumah sendiri. Merajuk dengan kita. Apa ingat yang keluar dari mulut aku ini najis-najis ke kau jijik sangat?" luahnya panjang lebar.

    Saya terdiam. Alamak, dalam senggang beberapa saat, saya cuba kembali bersembang. 

    "Tu ada yang nak balik itu, mesti makcik seronok kan?"

    Dia mengangguk dan tertunduk. Kami pun sampai ke hadapan rumahnya. Ada seorang lelaki berusia memang sudah menunggu di depan pagar rumah. Lekas dia mengambil selipar dan berjalan membuka pagar rumah. Saya lekas keluar, bersalam dengannya dan terus mengangkat barang-barang makcik tadi.

    "Khairil, jangan ambil hati ya. Biasalah orang tua tak boleh control mulut nak bercerita. terima kasih banyak!," 

    "Sama-sama makcik. Nama saya Khairul, bukan Khairil," 

    Mereka ketawa sahaja. Saya terus masuk dalam kereta dan balik. Saya duduk diam-diam, pandu kereta perlahan-lahan. Tak puas hati dengan penjelasan makcik tadi, nak tanya lebih-lebih saya tak berani. Cukup saya katakan yang beliau amat merindui anak-anaknya.

    Saya tidak mengetahui apa yang berlaku di antara mereka. Cuma kawan, melihat beliau seornok membeli di pasar bersama saya. Saya pasti beliau sangat-sangat gembira ada anak yang akan pulang ke rumahnya. Dari wajahnya membelek-belek ikan, memilih bunga kantan dengan bersungguh-sungguh mahukan yang paling berkualiti, kemudian diselak satu demi satu batang daum kesum. MashaAllah, beliau nampaknya sedang dilamun cinta. Cina emak kepada anak-anaknya.

    Kau tahu kawan, manusia yang kau tak tahan dengan bebelannya, luahannya, ceritanya, kisahnya, nasihatnya atau apa sahaja yang keluar dari mulutnya itu adalah emak kau sendiri. Yang satu masa lalu dialah yang paling gembira dan menjadi penyeri dalam hidup kau. Yang ajar kau bercakap, berjalan, mengira, membaca, waima cara kau menyikat rambut menjadi sekacak hari ini. 

    Emak kita memang ada banyak kekurangan. Mungkin tidak secanggih kita dengan pelbagai gajet. Ketinggalan zaman, malah senang saja untuk kau cakap, zaman tak sama. Cuma kawan, walau banyak-banyak perbezaan pendapat dengan emak, emak tetap emak. yang kau tak jumpa seperti mana kau boleh jumpa dan bertukar-tukar kawan. Kawan, jika kau tak pernah merajuk begitu begini dengan emak kau sendiri. Kau ketahuilah apa yang beliau nasihatkan adalah untuk kau pula jadi emak nanti. Tidak nanti, saat kau diuji dengan perangai anak kau, kau menyesal kau pernah lakukan perkara sama begitu dengan emak kau sendiri satu masa lalu. Baiki mana yang sempat. Cium tangan. Peluk erat-erat.

    Pulanglah, gembirakan mereka dan kau lihatlah emak kau akan tersenyum ceria. Sedang Tuhan memerhatikan kau, kau pula dicampakkan olehNya perasaan seronok, gembira dan bahagia selepas itu. Ingat kawan, gembirakan ibu bapa adalah mengembirakan Tuhan. Amin.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad