Close

Berang anak buat perangai, bapa ikat dan tenggelamkannya dalam air

Berang anak buat perangai, bapa ikat dan tenggelamkannya dalam air

Berang anak buat perangai, bapa ikat dan tenggelamkannya dalam air - HUNAN, CHINA - Rakaman video seorang bapa yang menghukum anak lelakinya yang berkelakuan buruk dengan hampir melemaskannya, viral di media sosial negara itu, lapor Shanghaiist.

Dalam klip video tersebut menunjukkan remaja berusia 13 tahun itu diikat pada tangga dengan wajahnya menghadap permukaan air tasik sementara bapanya berulang kali menenggelamkannya menyebabkan remaja terbabit tercunggap-cunggap dan berkata, 

"Saya akan berubah! Saya akan berubah!" rayunya. 

"Jadi, berubahlah!" tegas bapanya sebelum menenggelamkan anaknya itu ke dalam air semula.

Menurut laporan media online, insiden itu berlaku pada Khamis lalu di Yueyang, wilayah Hunan. Difahamkan, bapa remaja terbabit sudah penat dengan perangai anaknya yang teruk dan mahu mengajar anaknya itu dengan hukuman yang dia takkan lupakan. 

Ramai yang menganggap cara lelaki itu mengajar anaknya itu agak keterlaluan, namun tidak kurang juga netizen yang memuji ketegasan anaknya itu di mana kanak-kanak atau remaja zaman ini terlalu dimanjakan sehingga ada yang berani memijak kepala ibu bapa mereka sendiri. 

Tidak dapat dipastikan sama ada pihak polis akan menyiasat insiden itu. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Berang anak buat perangai, bapa ikat dan tenggelamkannya dalam air"