• Semasa

    'Ini Baru Toretto Malaysia' - Aksi Bahaya Pemandu Bawa Kereta Secara Mengundur Cetus Fobia Netizen





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    'Ini Baru Toretto Malaysia' - Aksi Bahaya Pemandu Bawa Kereta Secara Mengundur Cetus Fobia Netizen

    'Ini Baru Toretto Malaysia' - Aksi Bahaya Pemandu Bawa Kereta Secara Mengundur Cetus Fobia Netizen - Sebelum ini kita diheboh insiden kereta dipandu lawan arus di Lebuhraya Utara Selatan. Baru-baru ini pula, muncul sebuah kereta yang dipandu secara mengundur ke belakang di kawasan Pudu Raya. 

    Memetik paparan video berdurasi 52 saat yang tersebar luas di laman Facebook, jelas kelihatan terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu secara mengundur ke belakang dari pusingan bulatan Jalan Yew sehingga ke Jalan Pudu. 



    Akhirnya, kereta itu berada di depan pintu masuk Public Bank yang terletak di Jalan Pasar Baru, namun masih tidak dapat dipastikan samada tempat ini adalah kawasan terakhir kereta itu berhenti. 

    Seperti mana yang dilihat, sepanjang perjalanan kereta itu dipandu secara mengundur ke belakang, ianya bukan sahaja dipandu dengan lancar malah ketika membuat belokan dan melintasi lampu trafik. Daripada paparan visual, pemandu kereta terbabit adalah seorang berbangsa India. 

    Rata-rata netizen kagum dengan kemahiran pemanduan pemandu tersebut, namun tidak kurang juga netizen yang berpendapat tindakan pemandu ini amat menakutkan dan membahayakan pengguna jalan raya. 

    Ada juga pengguna memberi komen dengan mempersoalkan : " Adakah ia sebenarnya hanya penggambaran filem sahaja?"

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad