Close

"Jangan Melampau !" - Komen Netizen Dengan Tindakan Sekumpulan Lelaki

"Jangan Melampau !" - Komen Netizen Dengan Tindakan Sekumpulan Lelaki

"Jangan Melampau !" - Komen Netizen Dengan Tindakan Sekumpulan Lelaki - PETALING JAYA: Wanita yang tiba-tiba popular susulan poster dirinya diletakkan di stesen minyak seluruh negara kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Walaupun ia hanya dilakukan pada papan poster dirinya, gambar-gambar yang menjadi tular itu telah mengundang kemarahan netizen kerana menganggap ia satu bentuk pencabulan, walaupun tidak dilakukan pada empuya diri sebenar.

Ramai menganggap dengan bergambar seperti itu, maruah wanita berkenaan bagai dipijak-pijak, sekali gus memalukan model dan ahli keluarga serta saudara-maranya lain.

Model berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, ketika dihubungi mStar Online berkata, beliau tidak menyangka niatnya bergambar untuk poster yang bertujuan menceriakan pelanggan mengheretnya kepada situasi seperti ini.

Katanya, selama ini beliau tidak mengambil serius apabila terdapat pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi 'nakal' seperti mencium, mencuit hidungnya atau memeluknya ketika bergambar dengan posternya di stesen-stesen minyak Shell di seluruh negara.


Bagaimanapun, apabila gambar posternya seolah-olah 'dicabul' oleh beberapa lelaki menjadi tular, beliau berasa malu dan sedikit marah kerana menganggap ia keterlaluan.

"Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster...tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

"Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar," katanya, Ahad.


Nor Shafila atau lebih mesra disapa Ila berkata, beliau sedar tidak mampu menghalang orang awam daripada melakukan aksi-aksi keterlaluan apabila bergambar dengan poster berkenaan yang dipamerkan hampir di semua stesen minyak Shell.

Beliau yang bertugas sebagai penyelia di sebuah stesen Shell di Perak berkata, suaminya juga kurang selesa melihat dirinya diperlakukan sebegitu, tetapi bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar.

"Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya harap janganlah ada yang bergambar macam tu lagi lepas ni.

"Boleh bergurau, tapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Sebelum ni pun viral sebab ramai terkejut dengan poster saya, ada juga yang patahkan tangan dan air mineral pada poster, saya OK saja," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap individu yang 'mencabul' poster gambarnya, Nor Shafila berkata, beliau belum terfikir sehingga ke tahap itu.

"Memang ramai yang suruh lapor polis atau saman, tapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka.
"Tapi kalau lepas ni ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu," katanya.

Nor Shafila mula dikenali selepas papan posternya bersaiz separuh badan manusia sedang memegang air mineral tular di media sosial.

Tidak lama kemudian, Nor Shafila 'muncul' sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex. - mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk ""Jangan Melampau !" - Komen Netizen Dengan Tindakan Sekumpulan Lelaki"