• Semasa

    “Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak” - Kata Wanita Ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    “Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak” - Kata Wanita Ini - PETALING JAYA: Seorang wanita dikejutkan dengan tawaran beribu ringgit oleh seorang lelaki bergelar Datuk yang  menghubungi beberapa kali untuk memujuknya.

    Tawaran daripada lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk Z itu sebenarnya mahu membeli baju kurung bermotifkan Hello Kitty yang dipakai Yus Amina Mohd Zawizah, 27, dan anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun.

    “Saya nak baju ini, berapa awak nak jual? Saya sanggup beli berapa ribu pun. Cucu dan anak kesayangan saya nak sangat baju yang awak pakai,” kata Datuk Z menerusi aplikasi WhatsApp sambil menyertakan gambar dua beranak itu memakai baju kurung moden Hello Kitty.

    “Maaflah Datuk Z, Bayar Beribu Pun Saya Tak Nak” - Kata Wanita Ini

    Paparan skrin menunjukkan mesej daripada Datuk Z yang mahu membeli baju Hello Kitty.

    Ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Afina berkata, mesej tersebut diterima selepas dia memuat naik gambar bersama anaknya menyarungkan busana itu sempena hari raya baru-baru ini, di

    Facebook pada Selasa lalu sehingga tular.

    Kata Afina, dia menempah baju raya bermotifkan Hello Kitty untuk dipakai sedondon termasuk bersama suami disebabkan anaknya Jeliyta amat meminati watak kartun itu.


    “Maaflah Datuk Z, saya tidak akan menjual baju-baju ini kerana ia merupakan kenangan raya terindah kami sekeluarga dan sesuatu yang amat disayangi Jeliyta.
    “Saya berharap Datuk Z tidak lagi menghubungi saya untuk bertanyakan tentang baju Hello Kitty ini.

    Saya tak jual baju, tak jual kainnya,” katanya kepada mStar Online.

    Mengenai Hello Kitty, Afina berkata, ia sememangnya menjadi kegilaan Jeliyta yang turut suka bermain dengan kucing.

    “Bayangkan masa hari raya baru-baru ini, dia menangis tak nak tanggalkan baju Hello Kitty walaupun dah nak masuk waktu tidur.

    “Jadi, saya terpaksa memujuknya dengan menukarkan baju tidur yang masih bermotifkan Hello Kitty.
    Apa saja tentang Hello Kitty, semua dia suka,” katanya.

    Tidak menyangka gambar baju raya yang dimuat naik di Facebook menjadi tular, Afina berkata, Datuk Z bukanlah satu-satunya yang mahu membeli baju-baju itu.

    “Bertalu-talu mesej yang diterima daripada orang ramai. Ada yang mahu membeli, tanya di mana beli kain malah ada yang sanggup menyewanya,” katanya.

    Bagaimanapun dia sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan menjual baju-baju Hello Kitty berkenaan walaupun bayaran tinggi yang ditawarkan.

    “Anak saya sampai tidak boleh tidur tanpa Hello Kitty. Saya lebih sayangkan anak saya. Harap semua memahami dan terima keputusan saya,” katanya. - mStar

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad