SAYU !! Anak-Anak Masih Kecil Ditemui Dalam Dakapan Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia..


SAYU !! Anak-Anak Masih Kecil Ditemui Dalam Dakapan Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia.. - Kasih ibu sehingga ke akhir hayat. Ini yang terjadi kepada anak-anak yang masih berusia kira-kira sebulan dan 19 bulan apabila mereka berada dalam dakapan ibunya tanpa mengetahui ibunya sudah pun meninggalkan mereka buat selamanya.

SAYU !! Anak-Anak Masih Kecil Ditemui Dalam Dakapan Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia..


Mereka berada di kiri dan kanan ibunya dalam tempoh beberapa jam sehingga lah ayah mereka pulang.. Sedihnya..

Ibu meninggal dunia, temui anak di sisi..
Siti Rohana Redzuan, 36, merupakan seorang guru di Sekolah Menengah di Kulai ditemui dalam keadaan kaku diatas katil. Turut kelihatan anak-anaknya yang masih kecil di sisi oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja kira-kira 8.30 malam kelmarin.

Suaminya bekerja sebagai pemandu lori dan keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi lagi. Ketua Polis Daerah Kulai. Superintendan Razak Md Said mengesahkan kejadian berkenaan menyatakan bahawa Siti Rohana sedang nyenyak tidur ketika suaminya keluar bekerja.

Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya.

Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga.

Tambah Razak lagi, bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat berkenaan dan mengesahkan punca kematiannya adalah akibat masalah jantung dan paru-paru berair.

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "SAYU !! Anak-Anak Masih Kecil Ditemui Dalam Dakapan Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia.. "