• Semasa

    SAYU !! "Kita Mati Saing-Saing Yer Bang.." - Kata-Kata Gurauan Ibu Pada Ayah Jadi Kenyataan (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! "Kita Mati Saing-Saing Yer Bang.." - Kata-Kata Gurauan Ibu Pada Ayah Jadi Kenyataan (6 Gambar)Kota Tinggi : Sedondon biru raya terakhir ayah ibu , mereka memang sangat mesra dan romantik setiap masa kami tidak heran bila melihat ayah dan ibu saling bergurau, namun baru-baru ini ibu pernah bergurau dengan ayah agak pelik ingin mati saing-saing dengan ayah jika di izin allah, kata ibu.

    SAYU !! "Kita Mati Saing-Saing Yer Bang.." - Kata-Kata Gurauan Ibu Pada Ayah Jadi Kenyataan (6 Gambar)

    “Kalau nak mati saing-saing…antara jenaka yang pernah diungkapkan Allahyarham Maimunah Abd Wahab, 52, kepada suaminya Jamaludin Chemin, 56, sebelum keduanya maut selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, malam tadi.
    Penatian kami menanti ayah dengan ibu pulang ke rumah selepas pergi menziarah keluarga sempena hari raya bertukar duka apabila ayah ibu dan 3 adik lagi terlibat dalam kemalangan dan ayah ibu temui ajal bersama.
    Menurutnya, dia difahamkan selepas beraya di Felda Air Tawar 2, keluarga berkenaan sepatutnya ke Sekolah Seni Johor Bahru untuk menghantar barang kepada anak bongsu mereka yang menuntut di tingkatan empat.
    “Mereka sekeluarga menaiki Perodua Axia baru beberapa bulan dibeli milik anaknya yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
    “Kami difahamkan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala seorang lagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat cedera parah dialami,” katanya lagi.
    Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu pasangan suami isteri berkenaan maut manakala 10 lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran Felda Air Tawar 2 malam tadi.
    Jenazah pasangan berkenaan selamat dikebumikan di kira-kira jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Felda Penggeli Timur. Al fatihah

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad