• Semasa

    Tidak Beri Perhatian Dalam Kelas, Cikgu Tekap Pengasah Pensil Panas Sehingga Melecur Dan Membengkak





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Tidak Beri Perhatian Dalam Kelas, Cikgu Tekap Pengasah Pensil Panas Sehingga Melecur Dan Membengkak - Seorang murid darjah dua dikatakan bermain pensil dengan dua orang kawan dan tidak mengambil tumpuan ketika dalam kelas.

    Tidak Beri Perhatian Dalam Kelas, Cikgu Tekap Pengasah Pensil Panas Sehingga Melecur Dan Membengkak


    Ini menyebabkan cikgu bertindak menampar sambil membuat tanda pada muka murid terbabit dengan cara menggeser penajam pensil yang panas pada wajahnya.

    Akibatnya bahagian muka murid tersebut mempunyai kesan melecur dan seperti terbakar.


    Memetik laporan Orienatal Daily News, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah rendah di Port Dickson, Negeri Sembilan Selasa lalu.


    Perkara tersebut diketahui apabila ibu mangsa mendapati anaknya, Mohammad Fekri mengalami kecederaan pada mukanya.

    Setelah mengetahui kejadian yang berlaku, bapa mangsa iaitu Mohd Firdaus seorang pemandu lori membuat aduan dan mendapatkan bantuan daripada ahli undangan negeri Port Dickson, Rawi.

    Tegas Rawi, pelajar sekolah rendah berkelakuan nakal adalah perkara biasa, namun guru terbabit pula sanggup mengambil tindakan yang begitu kejam untuk menghukum pelajar.

    Tambah beliau, laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat ini dan tindakan undang-undang akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Difahamkan setelah kejadian itu berlaku, pihak sekolah telah memohon maaf buat ibu bapa mangsa, dan berjanji tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas guru tersebut dan perbuatannya tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

    Sumber: CARI forum

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad