• Semasa

    Punca Sebenar Anak Lelaki 30 Tahun 'Sembelih' Ibu Sendiri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Punca Sebenar Anak Lelaki 30 Tahun 'Sembelih' Ibu Sendiri - WANITA warga emas ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di dapur rumahnya dipercayai dibunuh anak lelakinya di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban dekat Kulai, Johor.

    Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, Sabtu, mayat wanita berusia 69 tahun itu ditemui anak lelaki bongsunya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

    Difahamkan, anak lelakinya itu baru sahaja pulang dari tempat kerja di Singapura sebelum bergegas membuat laporan polis.

    Wanita itu dipercayai cedera di bahagian muka dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Beliau berkata, pihaknya juga sudah menahan anak lelaki mangsa yang berusia 30 tahun di sekitar kawasan rumahnya, pada kira-kira 1 petang.

    "Hasil semakan mendapati suspek pernah menjalani rawatan mental di Hospital Tampoi, Johor Bahru, dan motif kejadian sedang disiasat," katanya.

    Sementara itu, jiran mangsa berkata, wanita berkenaan tinggal di rumah itu dengan suaminya yang sedang sakit bersama dua orang lagi anak lelakinya.

    “Anak bongsunya bekerja di Singapura manakala yang sulung itu tidak bekerja sejak tahun lalu.

    "Kami juga memang selalu mendengar keluarga itu bergaduh dan jiran juga tahu anak sulungnya itu selalu mengamuk di rumah," katanya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad