• Semasa

    "Ini video kedua, kami harap benda itu tak ganggu lagi selepas ini"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    "Ini video kedua, kami harap benda itu tak ganggu lagi selepas ini" - Susulan viral penghuni rumah sewa diganggu 'sesuatu' selama lima hari, Iskandar Zaidi, memuat naik video kedua yang jelas kedengaran beberapa bunyi seperti pintu diketuk, suara tangisan wanita dan bunyi air paip dibuka. 

    Video yang dimuat naik pada 3 jam yang lalu di Instagramnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen. 

    Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mula meragui kesahihan audio tersebut di mana mereka mendakwa suara itu mungkin dirakam dari video di laman YouTube. 




    Semalam, kisah rumah sewa Iskandar Zaidi diganggu selama lima hari viral di media sosial. Dalam ceritanya itu mendakwa, jiran (warga asing) yang tinggal tidak beberapa jauh dari rumah mereka juga mengakui turut mengalami gangguan yang sama. 

    Menurut Iskandar, selain kerap mendengar bunyi pintu diketuk, mereka juga sering mendengar bunyi pinggan pecah dalam jumlah yang banyak. Malah pernah mendengar suara seperti suara harimau mengaum di dalam rumah. 

    "Dia menangis, gelak, baling kaca, main air, dah pandai flush tandas, siram apa. Semuanya datang dari bilik air belakang. 

    "Yang malam keempat itulah kaw-kaw sampai nak demam. Kejap panas, kejap sejuk badan ini. Bunyi dia menangis itu Ya Allah, bergema dalam rumah ini. 

    Dia gelak pun sama, bergema dalam rumah. Padahal kami sembang tak bergema pun. Cara dia menangis itu, macam minta pertolongan. Sedih pun ada dengar dia menangis," katanya. 

    Ramai netizen yang menasihatkan agar mereka berpindah ke rumah lain, sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku. Sama ada dakwaan mereka diganggu itu benar atau tidak, hanya Iskandar Zaidi sahaja yang tahu. - Thereporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad