• Semasa

    Kawan dunia akhirat...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Kawan dunia akhirat... - Dungun: “Alhamdulillah, dapat juga saya tunaikan permintaan arwah supaya menziarah kuburnya biarpun lokasinya jauh dari tanah air,” kata Nurul Natasha Najiha Che Musa, 19, rakan baik kepada Allahyarham Muhammad Ramadan Alias, 20, pesakit leukimia yang meninggal dunia di Hospital Al-Ansar, Madinah pada 21 Januari lalu dan dikebumikan di sana.

    Allahyarham yang menghidap leukimia tahap empat meninggal dunia ketika mengerjakan umrah bersama ibunya, Saibah Yaacub, 57.

    Nurul Natasha berkata, walaupun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kubur, dia tetap berpuas hati kerana dapat berdoa di kawasan berhampiran.

    “Arwah berpesan supaya saya tidak bersedih dan kalau saya rindu, pergilah ke tanah perkuburannya jika dia meninggal dunia di sana,” katanya.

    Menurutnya, selepas pemergian arwah, dia menyimpan duit hasil bekerja di kedai makan ibunya, Rahaya Omar, 53, untuk mengerjakan umrah dan melawat pusara rakan baiknya.

    “Apabila wang mencukupi, saya bersama ibu dan abang, Muhammad Noor Hafiz pergi mengerjakan umrah pada Jun lalu.

    “Ketika di Madinah, saya beberapa kali melawat kuburnya di Tanah Perkuburan Baqi tetapi saya tidak dibenarkan masuk. Namun dapat berdoa di luar kawasan perkuburan pun sudah cukup baik bagi saya,” katanya yang berkawan baik dengan arwah sejak lima tahun lalu ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka.

    Nurul Natasha berkata, sebelum Muhammad Ramadan bertolak ke Madinah, dia menghantar arwah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan arwah memberitahu dia akan meninggal dunia di sana

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad