• Semasa

    “Kenapa tuduh saya jual negara kepada China?” – Kata PM Najib





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara di dunia namun tidak sama sekali mengadaikan kedaulatan negara, kata Najib Razak. — Foto Reuters

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar pihak pembangkang yang menuduhnya menjual kedaulatan negara hanya kerana menjalin hubungan yang erat dengan China.

    Beliau mempersoalkan ketika Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan pada tahun 80-an oleh perdana menteri pada ketika itu, tidak ada pihak membangkitkan soal kedaulatan negara terjual kepada Jepun dan Korea.

    “Mengapa apabila saya menjalinkan hubungan dengan China, dituduh saya menjual kedaulatan negara kepada China? katanya pada Perhimpunan Patriotik Masyarakat Cina anjuran MCA di sini.
    Katanya persahabatan yang terjalin dengan China telah berjaya membawa masuk perlaburan tinggi yang menguntungkan negara.

    Tegas perdana menteri, walaupun Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara di dunia, ia tidak akan sama sekali mengadaikan kedaulatan negara.

    “Kita perlu mesra dengan semua negara tetapi berpegang kepada prinsip kita…kedaulatan negara tidak boleh ditolak-ansur,” katanya.

    Malah, Najib berkata, hubungan dua hala yang terjalin dengan negara lain juga membawa kebaikan untuk negara.

    Menyingkap pertemuannya dengan Presiden Donald Trump di White House, awal minggu ini, katanya, beliau telah menerima sambutan luar biasa daripada Presiden Amerika Syarikat itu.

    Beliau berkata Malaysia mempunyai hubungan baik dengan pemimpin daripada tiga kuasa besar dunia iaitu Presiden China, Xi Jinping, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan juga Trump. — Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad