• Semasa

    “Mana Duit Aku?” – Seorang Penyanyi Tipu Usahawan Lebih RM100,000





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    “Mana Duit Aku?” – Seorang Penyanyi Tipu Usahawan Lebih RM100,000 - IBARAT melepaskan anjing tersepit, seorang ahli perniagaan Mohammad Hisham Shafie berasa ditipu apabila seorang penyanyi didakwa enggan bertanggungjawab terhadap kerugian projek menjual pakaian bernilai lebih RM100,000.

    Mohammad Hisham, 40, berkata, projek sempena Hari Raya Aidilfitri lalu itu pada awalnya diusahakan oleh penyanyi berkenaan dengan seorang pelabur lain.

    Namun, disebabkan beberapa masalah, dia menawarkan diri untuk mengambil alih dan menanggung kos pembelanjaan daripada pelabur pertama semata-mata untuk membantu artis tersebut yang terdesak.

    "Projek baju Melayu dan kurta itu adalah idea dia dengan seorang ahli perniagaan lain yang mana jumlah keseluruhannya RM130,600. Namun, ahli perniagaan tersebut tarik diri kerana tidak berpuas hati dengan artis berkenaan berhubung soal wang. 

    "Jadi, saya sebagai kawan yang agak baik dengan dia, saya cuba menolongnya dengan membayar jumlah itu kepada pelabur pertama. Saya niat nak tolong dia cara baik dan melepaskan dia daripada masalah," ujarnya kepada mStar Online.

    Mohammad Hisham bersama penyanyi berkenaan.

    Bagaimanapun, tambahnya, penyanyi berkenaan kemudian bertindak lepas tangan dan tidak menjalankan bertanggungjawab mempromosi serta menjual baju-baju tersebut yang dikeluarkan lebih 1,000 helai.

    Perkara itu membuatkan dia mengambil inisiatif menjual sendiri bagi mengelakkan kerugian yang banyak.

    "Saya mula rasa geram apabila dia tidak bersungguh-sungguh menjual baju-baju berkenaan pada bulan Ramadan lalu, saya pula kena turun padang.

    "Daripada jumlah itu dia hanya menjual tidak lebih 50 helai pun. Sekarang dalam stor ada lebih 700 helai lagi. Tapi apa yang membuatkan saya marah ialah dia senyap dan cuba melarikan diri.

    "Dia sepatutnya datang jumpa saya dan bincang bagaimana cara nak selesaikan masalah ini. Saya fikir jumlah kerugian itu masih boleh dikurangkan dengan menjual semula baju-baju tersebut secara separuh harga," ujarnya.

    Dalam pada itu, Mohammad Hisham berkata, dia belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyanyi berkenaan kerana mahu memberi peluang kepadanya.

    Katanya, apa yang diharapkan ialah penyanyi itu tampil dan bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    "Saya nak hak saya!, saya mahu dia bayar balik baki duit termasuk yang dia ambil atas angin iaitu kira-kira RM30,000 dan berbincang untuk cari jalan selesaikan masalah ini," ujarnya.

    Sumber: mStar Online

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad