• Semasa

    “Mummy Rindu Kamu” – Mas Anizan Masih Menangis





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    “Mummy Rindu Kamu” – Mas Anizan Masih Menangis - Mas Anizan (foto kecil) tidak dapat menahan kerinduan selepas hilang tiga anak saudaranya yang terkorban dalam kebakaran akibat perbuatan khianat pusat tahfiz di Keramat.

    PETALING JAYA: Sudah lima hari tragedi mengorbankan anak-anak tahfiz berlalu, air mata aktres Mas Anizan tidak berhenti mengalir mengenangkan kehilangan tiga beradik, anak saudaranya itu.

    Kerinduan Mas Anizan terhadap Muhd Syafiq Haikal, 13, Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10, tidak dapat dibendung kerana dia sering terkenang saat-saat manis bersama tiga anak-anak itu yang tinggal bersamanya.

    “Ya Allah, rindunya mummy dekat Haikal, Hafiz dan Harris. Walaupun dah berapa hari berlalu, air mata ni tak henti-henti mengalir,” kata Mas Anizan.

    Tragedi Tahfiz: Hilang Tiga Anak Serentak

    Pelakon yang popular pada era 1990-an ini meluahkan kata-kata itu di laman sosial Instagram miliknya.

    Mas Anizan, 44, turut memuatkan klip video gambar anak saudaranya itu berlatarbelakangkan lagu sedih yang mengundang simpati orang ramai.

    Katanya, kehilangan tiga beradik itu  meninggalkan kesan mendalam kerana dia tidak lagi mendengar gelak tawa, gurau senda serta permintaan mereka untuk menikmati makanan kegemaran masing-masing setiap kali pulang ke rumah ketika cuti.

    “Kepergian kalian bertiga meninggalkan kesan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tapi mummy redha dengan qada dan qadar Allah. Mummy tahu kalian lebih bahagia dan tenang di sana.

    “Berehatlah sayangku Hakim, Hafiz dan Harris. Doa mummy sentiasa bersama kalian. Mummy love you soo much,” tulis Mas.

    Tiga beradik daripada enam adik-beradik itu tinggal bersama Mas Anizan selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia pada 2005.

    Selain tiga anak saudaranya itu, Mas Anizan mampunyai tiga anak lain masing-masing dua daripada perkahwinannya dengan Allahyarham Datuk Ali Bapoo iaitu Mas Aliza, 22, dan  Mohd Masli Danial, 17, serta Putri Ariana Merissa, 3, hasil perkahwinan keduanya.

    Dalam kejadian 14 September lalu, seramai 23 orang pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, maut selepas terperangkap di pusat pengajian berkenaan selepas ia terbakar.

    Kebakaran itu dipercayai perbuatan khianat selepas tujuh remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad