• Semasa

    “Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,” kata Noor Fatihah Osman





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tumpat : “Saya bangga dengan arwah suami kerana hingga akhir hayatnya dia tetap menunaikan tanggungjawab sebagai guru dan warden,” kata Noor Fatihah Osman, 23, isteri Allahyarham Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25, ketika ditemui di rumah keluarga mentuanya di Kampung Tujuh, di sini, semalam.

    Mohd Amrul Nizam maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

    Beliau berkata, ketika kejadian, suaminya tidur bersama pelajar di tingkat tiga maahad tahfiz berkenaan.

    Katanya, walaupun bilik tidur guru dan warden di tingkat dua, suaminya bersama seorang lagi rakan memilih untuk tidur bersama pelajar.

    “Saya difahamkan ketika kejadian, Allahyarham berjaya menyelamatkan diri, tetapi masuk semula ke dalam bilik terbabit untuk menyelamatkan pelajarnya.

    “Namun cubaan menyelamatkan pelajarnya tidak berjaya apabila dia turut terperangkap dan meninggal dunia dalam kebakaran itu.

    “Dia sangat baik dan tidak pernah menyakitkan hati sesiapa serta suka menolong orang yang dalam kesusahan,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di rumah keluarga mentuanya, semalam.


    PENDUDUK kampung bersama anggota keselamatan menurunkan jenazah Mohd Amirul Nizam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujuh, Pengkalan Kubur. FOTO Fathil Asri

    MAIK menyampaikan sumbangan RM2,000 masing-masing RM1,000 kepada keluarga Allahyarham Mohd Amrul Nizam dan keluarga Allahyarham Mohamad Danial Md Amin, 14, di Bunot Payong, Kota Bharu.

    Noor Fatihah yang juga pelajar semester tujuh Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam Universiti Sains Islam Malaysia, di Nilai, Negeri Sembilan berkata, arwah suaminya seorang yang bertanggungjawab kerana tidak pernah mengabaikan pelajarnya.

    “Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham suami pada 11 September lalu dan dia sempat bermalam di Nilai sebelum pulang ke maahad tahfiz untuk menunaikan tanggungjawabnya. Ketika itu, hati cukup berat untuk melepaskannya pergi, namun saya tidak mengesyaki apa-apa.

    “Sebelum kejadian, arwah sentiasa mengejutkan saya bangun untuk solat Subuh, tetapi pada hari kejadian saya tidak menerima sebarang panggilan daripadanya.

    “Pada jam 6.30 pagi hari kejadian, saya cuba menghubungi suami namun tidak berjawab. Selepas itu, saya dimaklumkan rakannya bahawa suami meninggal dunia dalam kebakaran,” katanya.

    Menurutnya, dia akan mengingati pesanan suami supaya menamatkan pengajian walau apa yang berlaku terhadap dirinya. - myMetro

    Berita berkaitan
    • Hari ketiga masih ramai
    • 'Mereka yang membawa tong gas'
    • Dendam sampai bakar tahfiz
    • Tujuh remaja direman
    • Mangsa terselamat di lokasi rahsia
    • Cari pembeli petrol
    • Pengkhianat takkan terlepas
    • Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru
    • 'Ada boleh sembang, ada tidak'
    • 'Maaf, saya tak boleh beritahu'
    • Damailah di sana
    • Mereka syahid, Allah lebih menyayangi
    • Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia
    • Ustaz Yusuf selamat dikebumikan
    • RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta
    • Pakai jubah putih bersama
    • Siapa lelaki itu?
    • Seorang pelajar ditahan bantu siasatan
    • Semoga roh mereka dicucuri rahmat
    • Cari petunjuk daripada rakaman CCTV
    • Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL
    • Solat jenazah di Masjid HKL
    • PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah
    • 12 sahabat di Raudhatul Sakinah
    • Semua waris dah serah DNA
    • Ramai datang hulur bantuan
    • 'Satu laluan keluar saja' kata bomba
    • Berubah tertib masuk tahfiz
    • 2 tong gas timbulkan tanda tanya
    • Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"
    • Tiada bahan kimia ditemui
    • Peluk cium pipi berulang kali
    • Dah dapat rasa adik nak pergi
    • Bagaimana nak mati syahid [METROTV]
    • Air mata tumpah [METROTV]
    • Sultan Selangor zahir ucapan takziah
    • Pengetua Pondok Pak Ya simpati
    • Bomba ambil alih bangunan tahfiz
    • Gurauan terakhir di Facebook
    • Azan penenang roh [METROTV]
    • Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
    • Tiada sijil layak menduduki
    • Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat
    • Tiada sijil layak menduduki
    • Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]
    • Azan penenang roh [METROTV]
    • Gurauan terakhir di Facebook
    • Suami baru dinikahi juga terkorban
    • Kedah ucap takziah
    • Henti sebar foto jenazah
    • Doakan anak saya
    • Gerak hati bapa
    • 'Tiada kompromi soal nyawa'
    • Pantau elak tragedi berulang
    • MAIWP bantu urus jenazah
    • PM zahir rasa sedih
    • Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]
    • 'Tujuh sahaja sempat turun'
    • 'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]
    • Nekad turun dengan tujuh rakan
    • 'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]
    • Ya Allah, 24 semuanya terkorban
    • Api menjulang ketika azan subuh
    • 20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad