Benjy Hanya Mampu Tertunduk & Mengangguk Terima Hukuman



Benjy Hanya Mampu Tertunduk & Mengangguk Terima Hukuman - Pelakon, Khaerryl Benjamin Ibrahim,38, atau lebih dikenali sebagai Benjy berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.

Memetik laporan Tribun Medan, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.

Benjy Hanya Mampu Tertunduk & Mengangguk Terima Hukuman


Sementara itu, Ketua Hakim Mahkamah Daerah Medan, Wahyu Prasetyo Wibowo memberitahu, bahawa akan memberi tempoh seminggu buat Benjy untuk mengemukakan hujahan bertulis untuk tujuan pembelaan diri.

“Adakah anda akan membuat pembelaan diri?.
“Diberi waktu satu minggu, anda siapkan ya secara tertulis. Anda siapkan?” ujarnya lagi.

Benjy dalam sidang hanya mampu tertunduk dan mengangguk tanda faham dan lantaran itu hakim menutup sidang mahkamah.

Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top