• Semasa

    Rangsang Sebelum Liwat Dua Kanak-kanak





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Rangsang Sebelum Liwat Dua Kanak-kanak

    Rangsang Sebelum Liwat Dua Kanak-kanak - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua tuduhan merangsang dan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap dua kanak-kanak bawah umur, Jun lalu.

    Rangsang Sebelum Liwat Dua Kanak-kanak


    Tertuduh, Mohd. Azizi Firdaus Abu Samah, 25, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim.

    Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dengan melakukan kelucahan melampau di sebuah rumah beralamat No 242, Jalan Jambu Mawar 5, Taman Muhibah Saleng, Kulai, pada pukul 12 tengah hari pada Jun lalu.

    Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun tanpa kerelaannya di Lot 1 Medan Selera Penjaja, Jalan Cengal 3, Bandar Putra, Kulai dekat sini, pukul 10 malam pada 21 Jun lalu.

    Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin menawarkan hukuman setimpal ke atas tertuduh agar memberi pengajaran kepada orang awam selain kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak harus dipandang serius.

    Mohammad Khalid kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan bagi kesalahan pertama dan enam tahun serta dua sebatan bagi kesalahan kedua.

    Hukuman itu dijalankan secara berasingan bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 22 September lalu.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad