• Semasa

    Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Hanya Dengan 2 Bahan Ini, Wanita Ini Kongsi Rahsia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Hanya Dengan 2 Bahan Ini, Wanita Ini Kongsi Rahsia - Kebanyakan wanita lebih mengutamakan kulit muka berbanding kulit di bahagian badan yang lain. Jadi tak hairanlah kalau kulit muka tampak lebih berseri dan cerah berbanding kulit tangan atau kaki.

    Sebenarnya ada cara mudah untuk mencerahkan kulit tangan dan kaki dengan cepat dan paling penting tanpa menggunakan modal yang besar.

    Petua yang diamalkan oleh Puan Eina Shukry ini telah dipraktikkan oleh beliau sendiri. Hanya dalam tempoh satu bulan dah boleh lihat perubahan yang ketara. Cuma gunakan gabungan dua produk sahaja iaitu losyen Vaseline/ Nivea dan krim kecantikan Safi. Hasilnya ‘boom’!


    Jom ikuti perkongsian beliau.


    INILAH dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana.

    Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.

    Bila letak tangan dekat muka beza sangat, so thats why cari solution simple ni. Murah pun murah. Penggunaan untuk berbulan-bulan dengan sekali invest je.

    Saya dapat tips ni pun dari rakan fb juga. Tak tahu siapa. Dah lupa. Lepas tu terus pergi cari losyen dengan krim Safi ni. Terima kasih pada empunya tips.

    Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti.

    Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.


    Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan.

    Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.

    Cara Pakai


    Calit-calit dulu krim safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.

    Nota Tambahan

    Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/nivea.

    Krim safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
    Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembab. Ramai yang salah beli.

    Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.

    Sumber: Eina Shukry

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad