• Semasa

    Remaja 15 Tahun Ratah Ibu Kandung Hingga Lembik Lepas Tonton Video Lucah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Anak lelaki berusia 15 tahun rogol ibu kandung hingga lembik selepas tonton video lucah


    Remaja 15 Tahun Ratah Ibu Kandung Hingga Lembik Lepas Tonton Video Lucah | internet memudahkan segalanya. Hari ini, kandungan bahan lucah boleh didapati secara percuma pada setiap gajet yang dimiliki. Ianya mengumpul peminat-peminat dari seluruh belahan dunia, dan lebih malang lagi, kanak-kanak turut terpalit menjadi mangsa ‘serangan’ kecanduan pornografi.

    Kini, ia adalah satu industri. Pornografi mempunyai penggemar yang mempunyai ‘fanbase’ yang sangat ramai sehingga melahirkan golongan profesionalnya sendiri. Terdapat pelakon-pelakon yang direkrut semenjak awal remaja sehingga ke hujung usia, juga kru-kru penerbitan yang menyara hidup hasil daripada kegiatan ini.

    Ianya kini semakin melarat sehingga porno itu dikategorikan mengikut ‘selera’ peminatnya. Sehingga ada yang menggunakan kanak-kanak perempuan sebagai pelakonnya. Lebih gila lagi, ada yang menggunakan watak-watak yang bersamaan jantina, dan watak manusia melakukan hubungan seksual dengan binatang.

    KISAH 1: ANAK MEROGOL MAK KANDUNG

    Berdasarkan laporan the star bertarikh 20 Ogos 2014, seorang remaja lelaki 15 tahun ditahan, atas tuduhan merogol ibu kandungannya. Laporan mengatakan remaja terbabit menonton video lucah menggunakan telefonnya sebelum bertindak merogol.

    Pornografi bukan sahaja menyumbang kepada kejadian rogol, malah menyebabkan penggemarnya mengalami kegilaan seksual luarbiasa dan menyebabkan keinginan seksual mereka diluar batasan manusia biasa, kerana kesan daripada ketagihan menonton pornografi.

    KISAH 2: MELIHAT HUBUNGAN SEKS ISTERI DENGAN ORANG LAIN
    Akhbar TheStar melaporkan seorang suami memaksa isterinya yang mengandung tujuh bulan melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja bangladesh. Situasi tersebut telah berlaku beberapa kali sebelum ini. Akibat tidak tahan lagi dengan perlakuan suaminya, isteri yang berumur 28 tahun bertindak melarikan diri dan melaporkan pada pihak polis.

    Suaminya yang berumur 34 tahun, bertindak sedemikian semata-mata untuk memenuhi keinginan seksual suaminya yang diluar kewarasan manusia.

    Seorang pakar psikologi Dr. David Ley penulis buku ‘Women Who Stray’ mengatakan tindakan ini sebagai Voyeurism.
    Voyeurism merupakan satu tindakan melihat, mengintai, dan menonton perlakuan seksual. Dalam kajiannya, suami yang telah berkahwin lebih cenderung untuk melihat isterinya sendiri melakukan aktiviti seksual bersama pasangan lelaki lain, dengan beranggapan isterinya mempunyai daya tarikan yang lebih menarik berbanding mana-mana ‘porn-star’.

    Mengikut Dr David Ley, tindakan ini didorong oleh ‘pornofied culture’, yang mana budaya ini disebabkan kegiatan dan ketagihan menonton pornografi.
    Lambakan pornografi dan juga adegan-adegan filem yang menjurus ke arah perilaku seks telah mencetuskan ransangan seksual yang sangat dasyat terutamanya dikalangan Masyarakat Malaysia.

    KISAH 3: SEKS BEBAS DENGAN BAPA KANDUNG
    Ransangan seksual yang tidak dikawal ini bukan sahaja mengakibatkan seks bebas yang kronik, malah seks bebas ini berlaku dikalangan ahli keluarga dan apa yang lebih memeranjatkan adalah perilaku ini dilakukan dengan rela hati.

    Seorang bapa telah didakwa kerana menjalinkan hubungan seks dengan anak kandung perempuannya yang berusia 21 tahun, berdasarkan laporan mereka telah menjalinkan perhubungan haram ini seusia gadis itu 18 tahun. Dan perbuatan sumbang ini dilakukan diatas suka sama suka, kerelaan hati dan juga cinta.

    Perbuatan sumbang ini, terbongkar apabila bapa saudara gadis ini membaca sms lucah bapanya.
    Ini hanya beberapa berita daripada sebahagian besar kes yang dilaporkan, hampir boleh dikatakan setiap hari . Apa yang lebih membimbangkan adalah perlakuan seks ini ditiru oleh mereka yang yang masih di bawah umur dan pada tahun 2013 mencatatkan perogol termuda di Malaysia, iaitu seusia 11 tahun.

    Inilah gambaran sebenar masyarakat Malaysia, Pornografi bukan lagi sekadar menjadi ‘hobi’ yang melibatkan persoalan individu tetapi kesannya sungguh dasyat.

    Bagi sesiapa yang tidak merasakan masyarakat yang dihuninya ini adalah masyarakat “hyper-sexual community”, mereka adalah golongan yang tinggal dalam dunia fantasi dan kayangan. Kerana ini adalah realiti yang WAJIB untuk kita terima dan hadapi.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad