• Semasa

    Kutip Cebisan Otak Berterabur di Lebuhraya





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kutip Cebisan Otak Berterabur di Lebuhraya | Polis dan kakitangan Lebuhraya Utara Selatan berusaha mengutip cebisan otak seorang mangsa kemalangan maut di kilometer 226.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, malam tadi.


    Kutip Cebisan Otak Berterabur di Lebuhraya


    Dalam kejadian kira-kira jam 11.00 malam itu, mangsa, Mohd Haziq Haikal Yahaya, 20, yang beralamat di Kampung Kundur Hulu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

    Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Komisioner Nazruel Ekram Abu Shari, berdasarkan siasatan awal, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motorsikal jenis Honda EX5 dipercayai telah melanggar bahagian belakang kenderaan yang masih lagi tidak diketahui dan tercampak di atas jalan di lorong sebelah kiri.

    “Mangsa telah digilis oleh beberapa kenderaan. Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad