• Semasa

    7 Fakta Sayu Disebalik Keluarga Suspek Letupkan Diri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    7 Fakta Sayu Disebalik Keluarga Suspek Letupkan Diri. Kejadian bom bunuh diri yang menggemparkan negara indonesia baru-baru ini sedikit banyak menimbulkan perlbagai spekulasi sendiri.


    7 Fakta Sayu Disebalik Keluarga Suspek Letupkan Diri


    Negara yang majoriti menganut agama islam itu telah pun menahan beberapa orang yang cuba menimbulkan isu-isu yang mengundang perbalahan agama di laman media sosial.

    Merujuk kepada tajuk,sedikit demi sedikit  ada beberapa Fakta menarik tentang satu keluarga yang menjadi suspek bom bunuh diri yang berlaku pada ahad kelmari di 3 tempat.

    1.Ibu Bawa anak
    Puji Kuswati (43) diketahui membawa dua anak perempuannya yang berusia 12 dan 9 tahun,Puji memasuki kawasan gereja dengan berjalan kaki kemudian meletupkan diri menggunakan bom rakitan yang di ikat pada pinggang.

    2.Dua beradik lelaki
    Sementara dua anak lelakinya Yusuf Fadil (18) dan Firman Halim (16) meletupkan diri di tempat berlainan .

    Keduanya menaiki motorsikan membawa bom dengan cara di pangku merempuh pintuh masuh gereja.

    3.Suami “Dita Upriyanto”
    Dalang disebalik tragedi yang melibatkan 18 orang maut dan 40 cedera ini diketahui berpunca dari Dita Upriyanto yang terlalu taksup dengan ajaran islam berlainan.

    Dita Upriyanto dalam kejadian itu diketahui menaiki kereta Avansa merempuh pintu masuk gereja sebelum meletupkan diri.

    4.Hubungan tidak direstui.
    Menurut ibu bapa Puji Kuswati yang merupakan pengusaha jamu tradisional H Koesni dan Hj Minarti Isfin,sememangnya tidak merestui pernikahan Puji dan suaminya.

    Mereka sedari awal telah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Pemahaman agama dita,namun anak gadis mereka berkeras untuk menikah juga.

    5.Lupa keluarga.
    Menurut orang tua puji lagi,semenjak anak gadis mereka menikah dengan dita,mereka seolah olah di sisihkan bahkan boleh dikira dengan sebelah tangan berapa kali mereka berjumpa meskipun hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga.

    Mereka juga tidak mengetahui pekerjaan dita sepanjang menikah dengan anak mereka.

    6.Pengakuan keluarga dita
    Sementara itu dari pihak keluarga dita mengungkapkan bahwa anak ketiga mereka itu sangat tertutup.

    Mereka 4 adik beradik tidak terlalu akrab kerana perlakuan dita yang cukup aneh bagi mereka.

    Bahkan keberadaan dita dalam keluarga mereka tidak terlalu diketahui umum kerana dita dikatakan meninggalkan keluarganya semenjak dia menikah.

    7.Jenazah tidak diterima keluarga.
    Seolah tidak dapat menerima kenyataan, masing-masing ahli keluarga dua belah pihak tidak menerima jenazah 6 sekeluarga itu.

    Bagaimanapun katanya pagi ini ke 6jenazah telahpun di kebumi orang kampung di situ

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad