• Semasa

    Bekas CEO Air Asia X cedera kemalangan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Bekas CEO Air Asia X cedera kemalangan. BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X cedera selepas dilanggar sebuah kereta ketika mengayuh basikal di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) menghala ke Jalan Kuching, Kuala Lumpur, pagi tadi.


    Bekas CEO Air Asia X cedera kemalangan


    Dalam kejadian 8.55 pagi itu, Azran Osman Rani, 47, dipercayai sedang mengayuh basikal berseorangan sebelum dilanggar Proton Wira dipandu pelajar berusia 20 tahun.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kereta terbabit pada mulanya berada di lorong kiri menghala ke Jalan Kuching ingin mengubah haluan masuk ke susur kiri menghala ke Damansara.

    “Ketika cuba mengubah laluan, pemandu tidak perasan ada penunggang basikal di hadapannya lalu terlanggar bahagian belakang basikal mangsa.

    “Mangsa dipercayai tercampak atas kenderaan dan jatuh di atas jalan menyebabkannya mengalami kecederaan pada kepala dan tangan kiri, manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Menurutnya, mangsa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Selain pernah berkhidmat sebagai CEO iflix Malaysia, dan kini beliau adalah CEO dan pengasas bersama sebuah syarikat teknologi kesihatan. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad