• Semasa

    Dzulkifli Lapor Diri di Jabatan Peguam Negara





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Dzulkifli Lapor Diri di Jabatan Peguam Negara. BEKAS Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini melapor diri untuk kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya.


    Dzulkifli Lapor Diri di Jabatan Peguam Negara


    Beliau yang bersut hitam dan bertali leher memasuki Bangunan Jabatan Peguam Negara di Presint 4, 8.15 pagi.

    Ketika keluar dari kenderaan beliau jenis Proton Perdana, beliau tersenyum dan melambaikan tangan apabila ditegur pengamal media yang menunggu di kawasan lobi.

    Semalam, Dzulkifli menyerahkan surat penamatan kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

    Dzulkifli, 50, pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2021 secara pertukaran sementara.

    Sebelum ini, Dzulkifli, adalah Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Jawatan disandang Dzulkifli di Jabatan Peguam Negara sekarang masih tidak diketahui. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad