• Semasa

    Gaji Jemaah Menteri akan dikurangkan 10 peratus - PM Mahathir





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Gaji Jemaah Menteri akan dikurangkan 10 peratus - PM Mahathir. PUTRAJAYA: Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet pertama hari ini telah bersetuju untuk mengurangkan gaji bulanan mereka sebanyak 10 peratus.


    Gaji Jemaah Menteri akan dikurangkan 10 peratus - PM Mahathir


    Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah ini diambil bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.

    "Setelah berbincang, kami semua bersetuju untuk mengurangkan gaji Jemaah Menteri sebanyak 10 peratus," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

    Dr Mahathir berkata potongan gaji itu adalah berasaskan kepada gaji asas menteri.

    Tambahnya, beliau mendapati ada beberapa penjawat awam kanan yang menerima gaji lebih tinggi daripada menteri.

    Ditanya sama ada pegawai kanan kerajaan akan terlibat dalam potongan gaji, beliau berkata, ia terpulang kepada mereka.

    “Ini adalah kebiasaan saya kerana ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, perkara pertama yang saya lakukan ialah memotong gaji menteri dan juga pegawai kanan kerajaan yang mendapat bayaran lebih tinggi daripada para menteri.

    “Terserah kepada mereka (pegawai  kanan kerajaan). Jika mereka rasa ingin menyumbang ke arah mengurangkan kos mentadbir negara ini, mereka boleh berbuat demikian. Kita tidak memaksa mereka,” katanya.

    Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 sehingga 2003. - Astroawani

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad