• Semasa

    Guan Eng perlu cakap serupa bikin - Kata Najib





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Guan Eng perlu cakap serupa bikin - Kata Najib. KENYATAAN bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terpaksa diselamatkan kerajaan disifatkan sekadar helah politik untuk menyembunyikan fakta.


    Guan Eng perlu cakap serupa bikin - Kata Najib


    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan ‘€˜bail out’€™ yang kononnya perlu dilakukan Kementerian Kewangan, Khazanah dan Bank Negara Malaysia membabitkan peruntukan RM7 bilion adalah mengelirukan.

    “€œSelaras syor dikemukakan menerusi laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, semua aset hartanah bernilai dan strategik syarikat pelaburan kerajaan itu dipindahkan kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

    “€œMengikut penilaian semasa, unjuran nilai aset hartanah ini boleh melebihi RM30 bilion. Walaupun MOF Inc mengambil alih aset, hutang dan liabiliti terus kekal dalam syarikat.

    “€œOleh itu, perundingan dibuat supaya MOF Inc menguruskan hutang 1MDB, manakala asetnya turut diambil alih,”€ katanya menerusi entri di laman Facebook rasminya, malam tadi.

    Jika aset berkenaan kekal milik 1MDB, Najib berkata, ia berupaya dibangunkan dan dijual mengikut kendalian syarikat untuk melunaskan hutangnya.

    Katanya, Kementerian Kewangan boleh menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan 1MDB menepati semua kewajipannya, termasuk menjual aset hartanah kepada Bank Negara Malaysia atau menerusi kutipan pembayaran semula hutang daripada Khazanah.

    “Transaksi sedemikian tiada salahnya kerana ia diperakui mengikut kerangka urus tadbir, malah selari prosedur dan perundangan berkaitan.

    “Oleh itu, persoalan sama ada MOF, Bank Negara Malaysia atau Khazanah terpaksa menyelamatkan 1MDB sebenarnya langsung tidak timbul.

    “Ia sebaliknya tuduhan mengelirukan kerana MOF Inc mengambil alih aset syarikat, justeru turut bertanggungjawab terhadap liabiliti selaras prinsip perundangan dan perakaunan,” katanya.

    Sehubungan itu, Najib menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya mengetengahkan isu berkaitan hutang 1MDB adalah salah, sebaliknya ia wajar disusuli penjelasan maklumat kepada rakyat mengenai pelbagai aset syarikat pelaburan strategik itu yang diambil alih.

    “Guan Eng perlu cakap serupa bikin jika berpegang utuh kepada prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang menjadi gagasan DAP.

    “Beliau perlu mengamalkan ketelusan dalam menyajikan maklumat, jangan cakap separuh-separuh demi untuk mengelirukan masyarakat,” katanya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad