• Semasa

    Harga barang turun selepas 1 Jun





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Harga barang turun selepas 1 Jun. KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan harga barangan keperluan isi rumah yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan turun bermula 1 Jun ini.


    Harga barang turun selepas 1 Jun


    Timbalan Pengarahnya, Firdaus Zakaria berkata, pihaknya sudah membuat pemantauan di 50 premis peruncitan yang berdaftar dengan GST minggu lalu untuk dokumentasi harga.

    Katanya, KPDNKK akan membuat pemantauan kembali ke premis berkenaan untuk melihat perubahan harga selepas GST disifarkan.

    "Kita akan pastikan barangan keperluan akan turun sebanyak enam peratus bagi stok baharu dan akan memberi amaran kepada peniaga yang menjual barangan stok lama dengan harga yang tinggi.

    "Kita akan pastikan barangan stok baharu mengikut harga yang baharu iaitu tanpa GST," katanya ketika ditemui selepas Pemeriksaan Barangan Keperluan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, hari ini.

    Beliau berkata, peniaga yang tidak mengikut peraturan akan dikenakan tindakan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

    Katanya, jika sabit kesalahan, boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali (perseorangan).

    "Bagi kesalahan syarikat, denda boleh dikenakan sehingga RM100,000 atau kesalahan kali kedua boleh didenda tidak melebihi RM250,000.

    "Bermula 1 Jun ini bukan saja barangan GST yang kita perlu pantau, malah barangan keperluan perayaan. Ia adalah cabaran kepada penguatkuasa supaya matlamat kerajaan tercapai kepada pengguna," katanya.

    Beliau berkata, harga barangan keperluan di negeri ini masih tidak berubah sempena Ramadan dan Aidilfitri serta tiada peniaga yang dikeluarkan notis memandangkan mereka mengikut peraturan ditetapkan.

    "Seramai 131 anggota penguatkuasa bertugas menjelang Aidilfitri bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan ke atas pengilang, pembekal, pemborong, pengimport, kedai runcit, pasar raya, pasar tani dan sebagainya.

    "Sepanjang tahun lalu, sebanyak 157 kes dicatatkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membabitkan lebih RM157,000 rampasan," katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad