• Semasa

    Kerana tak mahu lepas Jawatan Ketua Menteri, Ini Amaran keras Shafie Apdal kepada Jeffrey Kitingan & Musa Aman





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kerana tak mahu lepas Jawatan Ketua Menteri, Ini Amaran keras Shafie Apdal kepada Jeffrey Kitingan & Musa Aman |KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah yang baru, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini memberi amaran tiada individu dibenarkan melapor diri di mana-mana pejabat kementerian negeri, kecuali dibenarkan kerajaan negeri.


    Kerana tak mahu lepas Jawatan Ketua Menteri, Ini Amaran keras Shafie Apdal kepada Jeffrey Kitingan & Musa Aman


    Katanya, beliau sudah memaklumkan setiausaha negeri, individu seperti Datuk Jeffrey Kitingan tidak dibenarkan ke pejabat kementerian.

    “Jika mereka berkeras, saya akan ambil tindakan yang perlu,” katanya di pejabat ketua menteri hari ini.

    Jeffrey yang dilantik sebagai timbalan ketua menteri serta menteri pertanian dan industri makanan di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, hari ini tiba di pejabatnya untuk melapor diri.

    Beliau kemudiannya mengadakan mesyuarat dengan setiausaha tetap kementerian itu, Ahmad Ag Hashim dan semua kakitangan kementerian itu.

    Jeffrey dilantik pada malam Khamis lalu oleh Musa yang mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada malam sama.

    Bagaimanapun, Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah, mengangkat sumpah Sabtu lalu selepas mendapat 35 kerusi negeri, lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri, selepas 6 adun BN menyertai gabungan Warisan-Pakatan Harapan (PH).

    Awal hari ini, pegawai Istana Negeri menghantar notis kepada Musa memaklumkan beliau bukan lagi ketua menteri.

    Shafie berkata, beliau sedia membawa perubahan kepada pentadbiran negeri dan mengotakan janji yang dibuat Warisan-PH pada kempen pilihan raya.

    “Saya gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana kita boleh berada di sini, hari ini.

    “Kita perlu melaksanakan tugas, kurangkan bercakap. Saya akan membuat beberapa pengumuman dalam 100 hari berikutnya…ini harapan rakyat,” katanya sambil menambah kerajaannya memerlukan masa untuk melaksanakan janji itu dalam bentuk dasar.

    Shafie berkata, beliau akan mengumumkan barisan Kabinet negeri tidak lama lagi dan menteri di negeri itu diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam perniagaan.

    “Saya tidak mahu ada sebarang konflik kepentingan.”

    Katanya, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk menyiasat pentadbiran sebelum ini.
    “Tetapi, kita perlu mengikut undang-undang dalam perkara ini. Tidak boleh buat hanya berdasarkan khabar angin.”

    Mengenai ahli Parlimen Warisan yang akan dicalonkan dalam Kabinet peringkat persekutuan, katanya, beliau akan menghantar senarai nama itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau yakin Warisan akan mempunyai wakil dalam kerajaan persekutuan, manakala PKR dan DAP akan mendapat tempat dalam kerajaan Sabah.

    Istana Negeri sahkan Musa bukan lagi KM Sabah

    KOTA KINABALU: Istana Negeri Sabah hari ini menyerahkan surat pemberitahuan bahawa Tan Sri Musa Aman bukan lagi ketua menteri negeri berkenaan.

    Surat itu diserahkan Setiausaha Sulit Yang di-Pertua (YDP) Negeri Sabah, Abinan Asli kepada Setiausaha Sulit Musa, Effendy Sunoh di Restoran BTC Inanam, jam 11.34 pagi tadi.

    “Kandungan surat mengatakan Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah bukan lagi ketua menteri,” katanya ketika ditemui pemberita.

    Terdahulu, Abinan dan beberapa pegawai istana diiringi anggota polis tiba di luar kediaman Musa di Luyang untuk menyampaikan surat berkenaan namun tidak dapat memasuki kediaman tersebut.

    Difahamkan, surat itu diserahkan di restoran berkenaan kerana kebetulan Effendi sedang minum di premis berkenaan.Sementara itu, Musa dipercayai sudah berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo Air pada jam 9 pagi tadi.

    10 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri buat penggal ke-5 di depan YDP Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

    Manakala pada 12 Mei, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal pula mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

    Shafie sebelum ini dikatakan mendapat perkenan daripada YDP Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri selepas mendapat majoriti mencukupi bagi menubuhkan kerajaan.

    Bagaimanapun, Musa, Khamis lalu menegaskan beliau masih belum meletakkan jawatannya itu

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad